Tema Maal Hijrah 2025 iaitu “Membangun Ummah Madani” telah dipilih sebagai tonggak utama bagi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 27 Jun 2025 bersamaan 1 Muharam 1447H.
Bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), majlis ini bertujuan memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW serta menekankan kepentingan pembangunan masyarakat berasaskan nilai-nilai Islam yang inklusif, progresif dan madani.
Tema tahun ini mencerminkan aspirasi negara dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan ummah seiring cabaran semasa.
Baca juga:
- Salam Maal Hijrah: Makna, Kepentingan, Contoh Ucapan & Poster
- Puasa Muharram: Tarikh, Niat & Kelebihan Puasa Muharam
- Puasa Asyura 2025 (10 Muharam) – Niat & Tarikh JAKIM
Apa itu Maal Hijrah?
Maal Hijrah adalah tahun Islam yang amat penting bagi orang Islam iaitu Awal Muharam. Ia amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Koa Mekah ke Madinah pada tahun 622M.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam setiap tahun bagi takwim hijrah. Namun tahun Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan kalender Hijrah.
Makna Disebalik Logo Maal Hijrah
Tarikh Cuti Maal Hijrah 2025
Awal Muharam 2025 adalah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia. Pada tahun ini, tarikh cuti Maal Hijrah 2025 jatuh pada 27 Jun 2025 bersamaan dengan 1 Muharam 1447.
Tema Maal Hijrah 2025 / 1447H
Tema Maal Hijrah 2025 / 1447H : Membangun Ummah Madani
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2025
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1447H / 2025M pada 1 Muharam 1447H bersamaan 27 Jun 2025 bertempat di Pusat Pameran Dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Anda boleh saksikan secara langsung bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.
- Facebook JAKIM: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia
- YouTube JAKIM: https://www.youtube.com/@myjakim
- TikTok JAKIM: https://www.tiktok.com/@myjakim
- Instagram JAKIM: https://www.instagram.com/myjakim
- Portal Rasmi JAKIM: https://www.islam.gov.my/
Doa Akhir Tahun / Awal Tahun Islam
Sumber infografik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM