Telaga Suriram, Tayang 1 Mei 2025 – Sinopsis & Barisan Pelakon
Telaga Suriram merupakan filem seram terbaru arahan pengarah tersohor Malaysia, Osman Ali. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Nabila Huda, Scha Alyahya, Farid Kamil dan beberapa lagi.
Sekiranya anda peminat filem dengan elemen mistik, tragedi dan emosi, Telaga Suriram adalah sebuah filem yang wajib anda tonton. Konfem jantung anda berdebar dari awal hingga akhir!
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Filem Telaga Suriram hasil karya Osman Ali.
BACA JUGA: Blood Brothers: Bara Naga – Sinopsis, Pelakon & Trailer Filem
Sinopsis Telaga Suriram
Filem Telaga Suriram mengisahkan misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Suriram di sebuah kampung terpencil.
Kehilangan ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk kampung termasuk kepercayaan bahawa ia berkait dengan upacara mistik kuno melibatkan korban kanak-kanak.
Mayatnya kemudian ditemui di dalam sebuah telaga lama. Ini mencetuskan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk kampung.
Tetapi kengerian itu tidak berakhir dengan kematiannya. Hantu Suriram mula menghantui kampung itu, menyeksa penduduknya, dan jiran tetangga.
Maimon (Nabila Huda), seorang pengasuh bisu, menjadi suspek utama kerana dia adalah individu terakhir yang dilihat bersama Suriram.
Manakala ibu Suriram yang dilanda kesedihan, Rohaya, terumbang-ambing di tepi kegilaan, dihantui roh anak perempuannya.
Sementara itu, Zakir, anak kepada ketua kampung, bersama Inspektor Karmila berusaha menyiasat kes ini. Tetapi apabila mereka mendalami misteri itu, hantu Suriram semakin kuat dan semakin banyak nyawa terkorban.
Filem ini bukan sekadar kisah seram biasa. Ia menyentuh isu kepercayaan masyarakat terhadap mitos lama dan bagaimana kepercayaan tersebut boleh mempengaruhi kehidupan seharian.
Waktu Tayangan & Platform
Telaga Suriram dijadualkan untuk tayangan perdana di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Mei 2025.
Filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam utama seluruh negara, termasuk TGV Cinemas, GSC Cinemas dan MBO Cinemas.
Anda boleh beli tiket secara dalam talian atau terus ke pawagam kegemaran anda.
Dengan tarikh tayangan yang strategik sempena cuti umum, filem ini dijangka menarik perhatian ramai penonton.
Barisan Pelakon & Watak
Berikut adalah barisan pelakon hebat yang membintangi Telaga Suriram:
Pelakon | Watak | Peranan dalam Cerita |
Maya Karin(@maya_karin) | Rohaya | Seorang ibu yang kehilangan anaknya, Suriram, dan bergelut dengan trauma serta misteri. |
Nabila Huda(@kupu_kupu) | Maimon | Gadis bisu yang menjadi suspek utama dalam kehilangan Suriram. |
Farid Kamil(@faridkamilz) | Zakir | Pemimpin muda kampung yang memperjuangkan keadilan dan cuba membongkar kebenaran. |
Scha Alyahya(@schaalyahya) | Insp. Karmila | Pegawai penyiasat yang tegas dan bijak dalam menyelesaikan kes misteri ini. |
Puteri Rafasya(@puterirafasya1) | Suriram | Kanak-kanak yang hilang secara misteri, menjadi fokus utama cerita. |
Ellie Suriaty(@elliesuriaty_omar) | Mak Tijah | Bidan kampung yang penuh misteri dan dipercayai ada kaitan dengan dunia mistik. |
Fauzi Baadilla(@fauzibaadilla__) | Sopiyan | Suami kepada Rohaya, seorang imigran Indonesia yang bergelut dengan diskriminasi. |
Zack Zabhas(@zackzabhas) | Hj Mulok | Ketua kampung yang berpengaruh tetapi menyimpan rahsia gelap. |
Pelakon-pelakon lain termasuklah:
- @sriidrina
- @ammar__bahri
- @nazamanas
- @hakimirejab
- @bodt_sharade
- @shamerrashid_
- @iam_halmeyhamdah
- @syrulezwan
- @miny_ghazy
- @faha.azhar
- @shahidan_izwan
- @ayuayuni12
- @ayesha.agil
- @eenefendi
Filem ini merupakan filem arahan Osman Ali. Beliau juga berperanan sebagai penulis skrip untuk filem ini. Ia diterbitkan oleh Odissi Creative Sdn Bhd, dengan Yus Yusop sebagai penerbit.
Penggambaran dilakukan di beberapa lokasi di Perlis, Kedah dan Perak bagi memberikan suasana kampung yang autentik dan menyeramkan.
Trailer Filem Telaga Suriram
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem Telaga Suriram, anda boleh rujuk www.telagasuriram.com dan ikuti Instagram @telagasuriram.official.