TEKUN telah memperkenalkan TEKUN eDokumen untuk mendapatkan dokumen sokongan yang disahkan benar oleh SSM.
Tahukah anda apakah itu TEKUN eDokumen dan apakah kegunaan / keistimewaan perkhidmatan ini?
Jom kami kongsikannya untuk makluman bersama!
Apakah TEKUN eDokumen?
TEKUN Nasional telah mewujudkan pembelian cara mudah dan atas talian (online) kepada peminjam melalui TEKUN eDokumen.
TEKUN eDokumen diwujudkan untuk pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripada
portal TEKUN Nasional.
Perkhidmatan ini ialah hasil kolaborasi dan kerjasama
antara pihak TEKUN Corporation Sdn Bhd Bersama pihak Raffcomm Technologies Sendirian Berhad (Rafftech).
6. Kelebihan Membeli Melalui TEKUN eDokumen
- Diperakui – Ditandatangani secara digital
- Selamat – Disahkan Benar SSM
- Jimat Duit – Anda akan memperoleh 5% diskaun daripada harga asal serta dokumen yang dibeli merupakan dokumen yang disahkan benar SSM jika anda membeli melalui laman sesawang www.tekun-edokumen.my.
- Langkah Dipermudahkan – Hanya buat carian nombor pendaftaran, dan semua dokumen akan dipakejkan
- Jimat Tenaga & Masa – Tidak perlu ke kaunter dan boleh berurusan secara online
- Boleh Beli Dokumen Bila-bila Masa – Pembelian boleh dibuat 24 jam sehari tanpa had
Baca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan
Syarat Kelayakan Membeli Dokumen Sokongan
Jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen adalah :
- Terbuka kepada semua sektor Perniagaan dan Syarikat dengan modal berbayar tidak lebih daripada RM300,000.
Berikut adalah syarat pemohon yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN :
- Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara
bergerak (mobile) - Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan
daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi
rumah. - Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
- Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan
sebagainya) tidak melebihi RM100,000. - Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin
memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai
sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk
menjalankan pernigaan (progress project) - Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan
adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk
kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon). - Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi
yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi
mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia. - Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi
Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran - Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan
ke atas. - Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi
pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya
dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.
Cara Pembelian
Garis panduan pembelian adalah seperti di bawah:
(i) Carian dan Pertanyaan
Sila layari https://www.tekun-edokumen.my. Seterusnya masukkan nombor Perniagaan/Syarikat dan klik ‘Pasti’. Hasil akan dipaparkan di skrin.
(ii) Pilih dan Beli (Kos)
Pengguna perlu klik kotak dokumen yang diperlukan, pilih sama ada Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Dokumen Bersama QR Kod Mobile) atau Dokumen Standard dan klik ‘Pasti’.
(iii) Maklumat Asas
Nama, nombor telefon, alamat emel, jenis entiti, dan status perlu diisi sebelum pembayaran dilakukan. Pemohon wajib mengisi alamat emel yang SAH bagi tujuan penerimaan notis pembelian dan maklumat dokumen melalui emel.
NOTA: Rafftech tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat emel yang diisi oleh pengguna tidak ditaip dengan betul.
(iv) Kaedah Pembayaran
Gerbang pembayaran Rafftech adalah iPay88 untuk perbankan atas talian (online banking) sahaja. Sebarang Perubahan untuk cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian.
(v) Muat Turun Dokumen
Pemohon perlu muat turun aplikasi Winzip terlebih dahulu untuk unzip file. Selepas itu, pemohon akan memuat turun dokumen dalam format PDF.
(vi) Notis Emel
Notis emel akan dihantar setelah berjaya membeli maklumat dokumen sokongan TEKUN. Notis emel termasuk resit pembelian dan dokumen sokongan yang dibeli.
Rujuk panduan lengkap pengguna di SINI.
Baca juga: eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online
Harga & Contoh Dokumen
Contoh dokumen yang boleh dibeli adalah seperti di bawah:
Senarai Harga Dokumen adalah seperti dalam infografik di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tekun-edokumen.my atau hubungi 1-300-30-4636 atau e-mel kepada [email protected]