Tawaran Program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP

Tawaran menarik bagi pelajar lepasan Diploma yang ingin memulakan karier dalam bidang gas dan minyak kerana permohonan bagi program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP telah dibuka.

Program pra-pekerjaan ini merupakan program di bawah PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. – Sarawak (SKA) bagi pelajar lepasan diploma.

Maklumat Program

  • Nama program: Technical Enrichment Energy Program (TEP)
  • Tempoh pengajian: TEP Core (10 bulan), TEP Plus (18 bulan)
  • Tarikh permohonan: 19 Mei – 7 Jun 2022

Program ini dirancang khas bagi membolehkan calon yang layak mendapat pengalaman dan kompetensi untuk mengembangkan lagi karier mereka dalam bidang gas dan minyak.

Syarat kelayakan

Technical Enrichment Energy Program
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumiur antara 22 tahun hingga 30 tahun
  3. Pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Sains daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Malaysia
  4. Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden. Prioriti akan diberikan kepada calon yang mengambil subjek Fizik, Kimia dan Sains semasa SPM
  5. Body Mass Index (BMI) kurang daripada 30, tidak rabun warna, sihat daripada segi fizikal untuk bekerja dalam bidang industri minyak dan gas
  6. Penglibatan aktif dalam sukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Program yang ditawarkan

Bidang merupakan bidang latihan yang ditawarkan untuk Nama program: Technical Enrichment Energy Program (TEP) ini:

  1. Operations Trade
    • Production
  2. Maintenance Trade
    • Electrical
    • Instrumentation
    • Mechanical

Prosedur permohonan

Bagi calon yang berminat untuk mengikuti program pra-pekerjaan ini, berikut merupakan langkah-langkah memohon:

  1. Permohonan secara dalam talian
    • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses
    • Pihak INSTEP berhak menolak sebarang permohonan yang mempunya unsur keraguan tanpa sebarang notis
  2. Temuduga
    • Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Jun 2022 (Selasa) 1159 malam
    • Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk menghadiri temuduga
    • Sila layari laman web INSTEP dari semasa ke semasa untuk sebarang perkembangan terkini

Bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas, cepat hantarkan permohonan anda sekarang sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan anda terlepas peluang keemasan ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!