TARIKH BUKA SEKOLAH KPM 2025/2026
BERIKUT ADALAH TAKWIM SESI AKADEMIK 2025/2026 DAN CUTI PERAYAAN 2025
Sesi akademik tersebut akan bermula pada 17 Februari 2025 – 19 Disember 2025 kemudian Cuti Sesi Akhir Akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Tarikh Buka Sekolah Sesi 2025/2026
Untuk makluman, sesi persekolahan bagi Penggal 1 sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh berikut:
- Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 16 Februari 2025
- Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 17 Februari 2025
Dikongsikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2024
Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Semoga dapat memudahkan ibu bapa merancang dan menguruskan keperluan persekolahan anak- anak sebaiknya.
Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2025/2026 KPM
Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM.
Sumber: https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
Anda boleh merujuk kalendar 2025 di bawah untuk mengetahui tarikh cuti sekolah setakat bulan Februari 2025.
Rujuk sepenuhnya : Kalendar Kuda 2025 – Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah
Takwim Sekolah KPM Akan Kembali Kepada Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19 yang melanda.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, untuk itu KPM sudah memulakan usaha merancang kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.
“Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.
“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) bertanyakan kepada Menteri Pendidikan sama ada kementerian berhasrat mengembalikan semula kalendar persekolahan sebagaimana terdahulu bermula sesi baru Januari sehingga Disember.
Pada November 2021, KPM mengumumkan sesi persekolahan untuk tahun berkenaan dilanjutkan sehingga Februari 2022, sekali gus menyaksikan sesi persekolahan bagi tahun baharu itu bermula pada Mac.
Dalam pada itu, Kah Woh berkata, seperti penyediaan kalendar akademik tahun-tahun sebelum ini, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan.
“Iaitu pihak kesatuan atau persatuan keguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah untuk mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik Tahun 2025 dan draf Kalendar Akademik Tahun 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan,” katanya.
Jelasnya lagi, KPM juga akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.
“Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” katanya.
Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.
Kongsikan-kongsikan ya!
Baca juga: