Pada 2 April 2025 yang lepas, President Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah memperkenalkan tarif baharu ke atas hampir ke semua rakan dagang negara tersebut termasuklah negara kita. Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi negara kita. Oleh yang demikian, tarif yang dikenakan mempunyai impak yang sangat besar buat negara kita.
Bagi mengetahui lebih lagi tentang tarif ini seperti jumlah tarif yang dikenakan dan kesannya ke atas ekonomi negara, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Tarif?
Bagi anda yang tidak tahu makna tarif, ia merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport dari negara lain.
Tarif ini boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan, mempengaruhi aliran perdagangan, atau melindungi industri domestik negara tersebut. Berikut merupakan beberapa sebab sesebuah negara itu mengenakan tarif.
- Memelihara Perniagaan dan Pekerjaan Tempatan
- Melindungi Kepentingan Pengguna Domestik
- Melindungi Industri Baharu
- Menyediakan Keselamatan Negara
- Tindakan Balas Balas
Penerangan Berkenaan Tarif Trump
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarif adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport dari negara lain, dan dalam hal ini, Trump telah mengenakan tarif ke atas rakan-rakan dagang Amerika Syarikat.
Tarif asas sebanyak 10 peratus telah dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan import ke Amerika Syarikat bermula 5 April 2025 (Sabtu) yang lepas. Sementara kadar yang lebih tinggi untuk negara yang dianggap sebagai “pelaku terburuk” akan berkuat kuasa pada 9 April 2025 .
Menurut Trump, tarif ini dikenakan bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan akibat perbezaan tarif yang tidak adil serta halangan bukan tarif yang dikenakan negara lain. Hampir ke semua rakan dagang termasuk rakan sekutu telah dikenakan tarif ini.
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk e-Filing 2025
Kadar Tarif Asas Timbal Balik / Reciprocal Tariff US
Untuk pengetahuan anda, tarif yang dikenakan ke atas negara kita, Malaysia adalah sebanyak 47 peratus dengan kadar diskaun sebanyak 24%. Berikut pula merupakan senarai tarif dan duti yang dikenakan oleh Trump ke atas negara-negara lain.
Kesan Kepada Ekonomi Malaysia
Tarif yang dikenakan oleh Trump ke atas Malaysia ini boleh menjadi cabaran atau peluang kepada negara kita. Untuk mengetahui cabaran dan peluang tersebut anda boleh lihat pada kesan baik dan buruk tarif ini yang dinyatakan di bawah:
Kesan Baik Tarif Trump kepada Malaysia
- Peluang Pelaburan dan Pemindahan Rantaian Bekalan
- Negara-negara yang terlibat dalam perang perdagangan AS-China seperti Malaysia berpotensi mendapat manfaat kerana pindahan kilang dan rantaian bekalan dari China, terutamanya dalam pengeluaran produk elektronik dan komponen yang biasanya dieksport ke AS.
- Pertumbuhan Sektor Perkilangan
- Malaysia mendapat manfaat daripada pembangunan sektor perkilangan kerana tarif yang dikenakan terhadap produk China membuka peluang untuk lebih banyak pengeluaran domestik di Malaysia.
- Pasaran Eksport Meluas
- Malaysia dapat mencari pasaran alternatif bagi produk-produk yang biasa dieksport ke AS, seperti komoditi, elektronik, dan produk pertanian. Ini memberi peluang untuk diversifikasi eksport ke pasaran-pasaran lain, terutamanya ASEAN dan Eropah.
Kesan Buruk Tarif Trump kepada Malaysia
- Kenaikan Kos Pengeluaran
- Kenaikan tarif import oleh AS menyebabkan kenaikan kos bahan mentah untuk negara-negara yang bergantung kepada bahan import, termasuk Malaysia.
- Gangguan Rantaian Bekalan
- Tarif yang tinggi menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan global, mengakibatkan beberapa sektor di Malaysia terjejas kerana bahan mentah dan komponen yang diimport menjadi lebih mahal.
- Ketidaktentuan Ekonomi dan Perdagangan
- Malaysia mengalami ketidaktentuan dalam pasaran eksport, terutamanya ke China dan AS. Walaupun terdapat peluang baharu, permintaan untuk produk eksport tertentu seperti kelapa sawit dan komponen elektronik menjadi lebih tidak menentu akibat kesan perang perdagangan.
- Risiko tarif tambahan
- Malaysia, sebagai negara yang terlibat dalam perdagangan dengan China, menghadapi risiko peningkatan tarif oleh AS jika negara ini dianggap sebagai negara perantara atau “transshipment” untuk produk China, yang meningkatkan kos bagi eksport Malaysia.
Sumber: Berita Harian