50 Contoh Ucapan Takziah Untuk Bukan Muslim

50 Contoh Ucapan Takziah Untuk Bukan Muslim
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda mencari kata-kata yang sesuai untuk disampaikan kepada rakan, kenalan, atau ahli keluarga bukan Muslim yang baru kehilangan insan tersayang, berikut dikongsikan beberapa contoh ucapan takziah yang sopan, penuh empati, dan menyentuh hati:

50 Contoh Ucapan Takziah Untuk Bukan Muslim

  1. Saya turut bersedih atas kehilangan insan tersayang anda. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan. Salam takziah.
  2. Kehilangan ini pasti sukar, tapi ingatlah bahawa kamu tidak keseorangan. Salam takziah ya.
  3. Salam takziah buat kamu dan keluarga. Semoga diberikan ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan ini.
  4. Semoga kenangan indah bersamanya sentiasa hidup dalam ingatanmu. Salam takziah dan stay strong!
  5. Saya doakan agar kamu dan keluarga sentiasa kuat dan tabah menghadapi saat sukar ini. Salam takziah.
  1. Kehilangan insan tersayang memang berat, tapi percayalah sata akan sentiasa berada bersamamu. Jangan sedih-sedih selalu ya. Salam takziah.
  1. Kehilangan ini amat dirasai, semoga kamu tabah dan sentiasa dikelilingi kasih sayang. Salam takziah.
  2. Saya sangat sedih mendengar berita ini. Moga diberi kekuatan. Salam takziah.
  3. Kami semua turut berdukacita. Dia akan sentiasa dikenang.
  4. Salam takziah. Kami doakan kamu diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.
  5. Jika perlukan seseorang untuk berbicara, saya sentiasa di sini. Salam takziah dan semoga kuat selalu.
  1. Aku benar-benar simpati atas kehilangan ini. Dia seorang yang baik. Pasti dia akan dikenang selalu dalam doa. Salam takziah.
  2. Semoga kamu diberi ketenangan menghadapi hari-hari yang mendatang. Salam takziah.
  3. Aku doakan kamu dapat melalui fasa ini dengan tabah dan penuh kasih sayang. Salam takziah dan hugs!
  4. Kamu seorang yang kuat. Aku tahu kamu akan berjaya menghadapi detik sukar ini. Keep strong!
  5. Dia telah tinggalkan kesan yang besar kepada kita semua. Salam takziah, sahabatku.
  6. Saya faham ini masa yang sukar buat kamu. Salam takziah dan semoga terus kuat.
  7. Semoga setiap kenangan bersama arwah menjadi pengubat rindu. Salam takziah.
  1. Semoga kamu sentiasa dikuatkan semangat dalam menghadapi kehilangan ini. Salam takziah dan kuat selalu ya!
  1. Salam takziah buat kamu. Jika perlukan apa-apa, saya sentiasa ada.
  1. Saya doakan kamu terus kuat dan diberi ketenangan hati. Salam takziah.
  1. Kehilangan insan tercinta memang berat, semoga kamu tabah menghadapinya.
  1. Salam takziah, semoga kamu sentiasa dikelilingi orang yang menyayangi.
  1. Saya faham betapa peritnya kehilangan ini. Semoga kamu kuat dan sabar.
  1. Semoga masa akan membantu menyembuhkan luka di hati kamu. Salam takziah.
  1. Takziah dari saya. Jika kamu perlukan bahu untuk bersandar atau telinga untuk mendengar, saya ada.
  2. Setiap kehilangan tinggalkan luka, tapi semoga waktu menyembuhkan semuanya. Stay strong dan salam takziah.
  1. Saya sangat sedih dengar berita ini. Moga kamu tenang dan sabar, sahabatku.
  1. Dia mungkin telah pergi, tapi cinta dan kenangan bersamanya akan kekal selamanya. Salam takziah.
  1. Saya tahu kata-kata tak mampu hilangkan kesedihan, tapi ketahuilah saya sentiasa ada untukmu.
  2. Kehilangan ini sangat mendalam, tapi kamu seorang yang kuat. Percaya pada dirimu. Salam takziah.
  1. Bila kamu bersedia untuk berbual, saya di sini. Sementara itu, jaga diri baik-baik ya.
  1. Salam takziah dan doa buat kamu. Moga hari-hari mendatang membawa sedikit kelegaan dan harapan.
  1. Jangan paksa diri untuk sembuh cepat. Ambil masa, dan jaga diri baik-baik. Saya doakan yang terbaik untuk kamu. Salam takziah.
  1. Kehilangan ini sukar untuk difahami dengan kata-kata. Tapi kamu seorang yang tabah. Saya percaya kamu akan melalui ini. Salam takziah.
  1. Doaku sentiasa bersama kamu. Semoga kamu terus tabah dan dikelilingi cinta. Salam takziah. 
  1. Tak perlu kuat setiap masa, menangislah jika perlu. Aku di sini untuk kamu. Salam takziah.
  1. Jika kamu perlukan seseorang untuk mendengar, saya sentiasa ada. Jangan pendam sendiri ya. Salam takziah.
  1. Saya doakan kamu melalui hari-hari mendatang dengan sabar dan penuh kasih. Salam takziah.
  1. Kehilangannya pasti meninggalkan ruang yang besar dalam hidupmu. Semoga ruang itu diisi dengan kenangan terindah. Salam takziah.
  1. Ingat, tak apa untuk bersedih. Tapi jangan lupa jaga diri. Saya ada di sini untukmu. Salam takziah.
  1. Saya sangat sedih dengar berita ini. Semoga kamu dan keluarga diberi kekuatan yang luar biasa. Salam takziah.
  1. Kehilangan ini pasti meninggalkan kesan yang dalam. Saya doakan kamu temui kekuatan sedikit demi sedikit. Salam takziah.
  1. Kehilangan ini berat, saya tahu. Tapi kamu lebih kuat daripada yang kamu sangka. Saya doakan yang terbaik. Salam takziah.
  1. Semoga waktu perlahan-lahan menyembuhkan hatimu, dan kamu temui semula sinar. Salam takziah buatmu.
  1. Jangan paksa diri untuk sembuh cepat. Ambil masa, dan jangan lupa — kamu disayangi. Salam takziah.
  1. Dalam setiap air mata, ada kasih yang tak akan pernah hilang. Semoga kamu tabah melalui hari-hari mendatang. Salam takziah.

48. Takziah buat kamu. Jika ada apa-apa yang kamu perlukan, walaupun sekadar teman mendengar, saya ada untukmu.

49. Tidak mudah untuk mengucapkan selamat tinggal. Tapi saya percaya, cinta yang tulus takkan pernah hilang. Takziah buatmu.

50. Kehilangan ini pasti memberi kesan yang mendalam. Semoga kamu diberi waktu, ruang dan kekuatan untuk pulih perlahan-lahan.

51. Salam takziah atas kehilangan yang berlaku. Semoga tetap tabah, dan dipermudahkan segala urusan. Kuatkan semangat ya.

BACA JUGA: 50+ Contoh Kata-kata Cinta untuk Ucapan & Kapsyen Media Sosial

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut