Takwim Sekolah 2025 / 2026 – Kalendar Akademik & Cuti KPM
Dikongsikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2024
Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan untuk rujukan semua.
Semoga dapat memudahkan ibu bapa merancang dan menguruskan keperluan persekolahan anak- anak sebaiknya.
Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :
Takwim Sekolah 2025 / 2026 – Kalendar Akademik & Cuti KPM
Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)
- Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
- Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
- Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
- Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
- Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
- Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
- Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025
MUAT TURUN PDF:
NOTA PENTING :
Untuk makluman, Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
ATAU
Ikuti laman sosial KPM berikut:
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca juga:
- Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2025
- Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025
- Kalendar 2025: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah
Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.