Salah satu cuti umum yang ada di seluruh negara di Malaysia untuk tahun 2026 adalah Tahun Baru Cina 2026.
Setiap tahun, tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana ia mengikut tarikh dalam kalendar lunar
Mengenai CNY 2026
CNY merupakan perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
Masyarakat Cina percaya ada 12 binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang.
Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut dan penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Fakta Menarik Tentang CNY
Antara fakta menarik mengenai CNY adalah seperti berikut:
- Makan besar: Masyarakat Cina akan berkumpul dan makan besar bersama bermula dengan juadah Yee Sang dan kuih bakul. Mereka percaya semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.
- Bakar mercun: Malam sebelum bermula tahun baru, mereka akan membakar mercun di tengah malam sebagai simbolik bermula tahun baharu dan menghalau puaka dan nasib malang.
- Hiasan buah limau: Buah limau dianggal sebagai simbol murah rezeki. Ia juga melambangkan simbol keamanan dan kekayaan, warnanya kuning terangnya umpama emas.
- Makanan tradisi: Makanan tradisi mereka pada CNY adalah Yee Sang, ikan kukus, kuih bakul, dumpling, popia dan mi yang masing-masing mempunyai simboliknya yang tersendiri.
- Angpow: Angpow akan diberikan kepada golongan muda yang masih belum berkahwin sahaja akan bagi melambangkan nasib baik.
Tarikh CNY 2026
Cuti umum CNY diperuntukkan sebanyak 2 hari di Malaysia dan untuk tahun 2026, perayaan ini jatuh pada 17 Februari 2026 dan 18 Februari 2026 (Selasa dan Rabu).
Cuti Sekolah
Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2026 dijangka pada 17 Februari 2026 dan 18 Februari 2026 (Selasa dan Rabu).
Setakat ini, pihak KPM tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan tambahan cuti sekolah bagi sambutan Tahun Baru Cina tersebut.
Takwim kalendar akademik KPM sesi 2026 akan dikeluarkan oleh pihak KPM yang turut memperincikan perkara ini.
Baca juga: Kalendar Akademik UiTM 2025 : Tarikh Kuliah, Exam & Cuti