Surah Al Waqi’ah: Panduan Bacaan Rumi Beserta Makna

Surah Al-Waqi'ah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Surah Al-Waqi’ah merupakan salah satu surah Makiyyah iaitu surah yang diturunkan sewaktu baginda di Mekkah. Surah ini merupakan surah ke-56 dalam Al-Quran dan mempunyai 96 Ayat di dalamnya.

Surah ini diberikan nama Surah Al-Waqi’ah yang bermaksud “Kiamat” sempena lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Berikut kami kongsikan panduan bacaan rumi, makna ayat dan kelebihan surah ini bersama anda. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

Surah Al-Waqi’ah (Bacaan Rumi & Makna Ayat)

Berikut adalah Surah Al-Waqi’ah dan panduan bacaan rumi beserta maknanya:

Ringkasan Surah

Surah Al-Waqi’ah ini merupakan sebuah surah yang membincangkan tentang hari Akhirat atau Kiamat. Berbeza dengan surah Ar-Rahman yang membincangkan ganjaran syurga, surah Waqiah ini membezakan keadaan di syurga dengan keadaan di neraka.

Surah ini juga menyebutkan tiga golongan manusia di akhirat nanti iatu “Yang Paling Utama”, “Sebelah Kanan” dan “Sebelah Kiri”: dua golongan pertama akan masuk syurga manakala sahabat kiri akan pergi ke neraka.

Menurut Surah Al-Waqi’ah ini, orang yang berada di Sebelah Kanan adalah orang yang melakukan amalan baik. Mereka ini akan menerima catatan perbuatan mereka di tangan kanan mereka dan sebaliknya berlaku bagi orang yang di Sebelah Kiri.

Manakala golongan paling utama merujuk kepada sekumpulan orang istimewa seperti nabi, para sahabat, orang mati syahid dan lain-lain yang akan mendapat nasib yang lebih baik daripada golongan kanan di akhirat nanti.

Surah ini juga menerangkan proses penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Kelebihan Surah Al-Waqi’ah

Surah Al-Waqi’ah ini mempunyai banyak kelebihannya, malah ia mempunyai hadis sahih yang menyatakan kelebihannya ini.

Antara kebaikan yang bakal diperoleh bagi orang yang mengamalkan surah ini adalah:

1. DAPAT MENGHINDAR DIRI DARIPADA MENJADI LALAI

Daripada Hadis riwayat Ubay B. Ka’ab, beliau menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Barangsiapa membaca surah al-Waqiah, maka dia tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai.” 

HR Ubay bin Ka’ab

Dengan membaca surah Al-Waqi’ah ini, orang Islam yang mengamalkannya dapat menghindarkan diri daripada tergolong dalam kalangan orang yang lalai atau leka. Hal ini demikian kerana, surah ini merupakan surah tentang hari Kiamat.

Oleh itu, bagi individu yang membaca dan menghayati surah ini mereka akan sentiasa mengingati hari pembalasan dan kematian, yang seterusnya mampu membantu mereka menjadi orang Muslim yang lebih baik.

2. WAJAH BERCAHAYA DI AKHIRAT

Selain kelebihan mengelakkan kita daripada menjadi lalai, surah ini juga mampu menjadikan wajah seseoran itu bercahaya apabila di akhirat nanti, jika mereka mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini sebelum tidur.

Surah ini juga merupakan antara surah yang menyebabkan rambut Rasulullah S.A.W beruban, seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas R.A kepada Rasulullah S.A.W:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.”

HR at-Tirmizi

Uban ini merupakan satu tanda bahawa wajah seseorang muslim itu akan bercahaya di akhirat nanti. Hal ini telah disebut oleh Rasulullah yang menyatakan:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.”

Sumber: Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3. MELINDUNGI DIRI DARI KEMISKINAN

Kelebihan ketiga Surah Al-Waqi’ah ini merupakan satu kelebihan yang diketahui ramai orang Islam. Surah ini mampu melindungi pengamalnya dari kemiskinan serta dimurahkan rezeki dalam kehidupan mereka.

Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini. Salah satunya adalah di mana Ibnu Mas’ud R.A. berkata :

Surah Al-Waqi'ah

Diharapkan dengan artikel ini, anda dapat memanfaatkannya untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dan dapat menambah pengertian anda berkenaan surah Al-Waqi’ah ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut