Teks Jawi, Makna & Sejarah di Sebalik Ayat Inna Maal Usri Yusra yang terdapat dalam Surah Al-Insyirah!
Setiap individu pastinya akan diuji, tidak kiralah sama ada individu tersebut sudah berusia atau belum, kaya atau miskin. Namun begitu di sebalik setiap ujian, pastinya ada kemenangan atau kemanisan yang akan kita rasa kemudiannya, dan perkara inilah yang telah disebut dalam Surah Al-Insyirah.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang surah ini dan sejarah mengapa ia diturunkan, pastikan anda bersama dengan artikel ini sehingga ke penghujung artikel. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda memahami Islam dengan lebih mendalam.
Surah Al-Insyirah
Surah Al-Insyirah atau dikenali juga sebagai Surah Asy-Syarh dan Alam Nasyrah merupakan surah ke-94 dalam Al-Quran yang diturunkan di Mekah. Nama yang diberikan ke atas surah ini, ketiga-tiganya membawa maksud yang hampir sama iaitu pembuka hati atau kelapangan.
Surah ini merupakan antara surah yang terpendek dalam Al-Quran dengan mengandungi hanya lapan (8) ayat sahaja. Menurut Ustaz Ibnu Omar, surah ini diturunkan bagi memberikan semangat dan kelapangan hati kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian sewaktu baginda menyebarkan ajaran agama Islam.
Daripada surah ini, kita mempelajari bahawa Allah S.W.T itu menjanjikan kebahagiaan dan kemudahan setelah kita menghadapi sesuatu ujian atau kesulitan. Oleh itu, sangat penting untuk kita terus bersabar dan tidak menyerah setiap kali kita ditimpa sesuatu ujian.
Penerangan Ayat Inna Maal Usri Yusra
Surah Al-Insyirah, atau Surah Asy-Syarh ini menceritakan tentang pengharapan dan kemudahan setelah kesulitan. Pengulangan frasa “Inna Maal Usri Yusra” dalam ayat ini menunjukkan ketegasan Allah S.W.T bagi meyakinkan hambanya bahawa setiap kesulitan itu akan diiringi dengan kemudahan.
Penurunan ayat ini dilakukan ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri sedang merasa sedih akan kesukaran yang dihadapi Baginda sewaktu menyebarkan agama Islam di Mekah. Penurunan surah ini bertujuan membantu menguatkan semangat Baginda semula untuk terus berjuang pada ketika itu.
Surah Al-Insyirah ini jelasnyamengandungi pengajaran penting tentang ketabahan dan bersangka baik ke atas Allah S.W.T. Ayat ini juga mengajak umat Islam untuk tetap bersabar dan percaya bahawa Allah S.W.T sentiasa menyediakan kemudahan walaupun dalam saat-saat sukar.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang mampu memahami mesej ini, kita diingatkan untuk tidak berputus asa dan terus berusaha dalam menghadapi segala ujian hidup. Hal ini demikian kerana janji Allah S.W.T itu pasti, jadi kemudahan dan kesenangan itu juga pasti akan datang.
Teks Jawi, Bacaan Rumi & Maksud Surah
Berikut merupakan teks bacaan rumi bagi surah Al-Insyirah ini, bersama bacaan rumi dan maknanya:
Teks Rumi:
Alam nasyroh laka sodrok. Wawadho’na ‘anka wizrok. Allazii anqodho zhorok. Wa rafa’na laka zikrok. Fa inna ma’al ‘usri yusra. Inna ma’al ‘usri yusra. Fa iza faroghtafansob. Wa ila robbika farghob
Makna:
- Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
- Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam),
- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
- Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
- (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
- Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Lafaz Bacaan Surah Al-Insyirah
Berikut merupakan video bacaan surah Al-Insyirah yang dibacakan Shiekh Abdur-Rahman As-Sudais, buat pendengaran anda:
Kelebihan Membacanya
- Dipermudahkan Segala Urusannya
- Dengan membaca surah ini, Insya-Allah segala ujian dan kesulitan yang dihadapi akan dipermudahkan-Nya.
- Diberi Kekayaan
- Dikatakan dengan mengamalkan surah ini sebanyak 40 kali selepas solat, rezeki kita akan dimurahkan.
- Terhindar Dari Segala Masalah
- Insya-Allah dengan membaca Surah Al-Insyirah ini, kita akan dapat menghindari diri daripada masalah-masalah yang bakal datang. Kelapangan hati juga akan diberikan bagi memudahkan kita untuk mencari jalan penyelasaian.
- Menjadi Lebih Positif
- Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.
- Menghilangkan Rasa Dukacita
- Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hati kerana Allah S.W.T akan kurniakan kegembiraan buat mereka.
- Memupuk Keyakinan
- Ayat ini mengajarkan kita untuk tetap yakin bahawa setiap kesulitan akan diikuti dengan kemudahan, memberikan harapan kepada mereka yang sedang berjuang.
- Mendorong Kesabaran
- Mengamalkan ayat ini dapat membantu memperkuat kesabaran dalam menghadapi ujian hidup, menjadikan kita lebih tabah dan tidak cepat berputus asa.
- Meningkatkan Keberanian
- Dengan memahami makna ayat ini, individu akan lebih berani menghadapi cabaran, kerana mereka yakin bahawa Allah sentiasa bersama mereka.
- Memberi Motivasi
- Ayat ini sering digunakan sebagai motivasi dalam pelbagai situasi, membantu kita untuk terus berusaha dan tidak mudah menyerah ketika berhadapan dengan kesulitan.
Baca juga: Surah Al Mulk (Ayat 1-30) Teks PDF : Maksud & Kelebihan