SULUNG 2.0 – Pengecualian Yuran IPT Wakil Pertama Keluarga

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG diteruskan dengan Program Pembangunan Siswa SULUNG 2.0 atau singkatannya SULUNG 2.0.

Program ini memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Program ini memberi penawaran pengecualian yuran universiti kepada individu pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA).

SULUNG 2.0 memberi kemudahan kepada pelajar agar tidak perlu lagi menanggung beban hutang pinjaman yang tinggi kerana sebahagian besarnya telah ditanggung oleh UA melalui pemberian pengecualian yuran universiti.

Pada edisi terdahulu, seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama keluarga B40 diumumkan akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.

Aturan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah inisiatif program Pembangunan Sulung Keluarga Malaysia ini untuk makluman akan menyokong usaha tersebut dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.

Sebagai perincian, kumpulan pelajar ini dipilih berasaskan keputusan cemerlang mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di samping itu kumpulan ini juga turut berdepan kekangan wang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Namun untuk makluman, sokongan program ini diperincikan hanya tersedia untuk memberi pengecualian yuran pengajian sahaja, sementara kos sara hidup pelajar pula masih tertakluk akan tanggungan keluarga pelajar.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Sejarah & Latarbelakang Inisiatif Sulung 2.0

Program ini pertama kalinya digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan diberi nama SULUNG B40.

sulung keluarga malaysia b40

Baca juga: Pakej PerantiSiswa: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

Melalui Sulung B40, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.

“Menjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.

“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini,” katanya.

sulung keluarga malaysia b40
Infografik oleh BERNAMA

Baca juga: Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.

Lebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.

Ia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

  1. Tawaran Biasiswa Suung
  2. Asrama
  3. Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan

Cara Permohonan & Kelayakan

KPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG 2.0) yang fokus membantu pelajar B40.

Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.

Berikut merupakan beberapa poster mengenai permohonan untuk SULUNG 2.0 dari beberapa universiti:

sulung 2.0 universiti malaya
sulung 2.0 UTHM

Lain-lain Inisiatif KPT

Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi

[INFOGRAFIK] KPT PERKENAL 5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE IPT

1. Memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal.

95 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada 19 Universiti Awam bersedia melaksanakan pembelajaran anjal bermula kemasukan Sesi Akademik 2023/2024.

2. Pengajian bagi sesetengah program dipendekkan daripada 4 tahun kepada hanya 3 tahun.

44 program pengajian dari 9 IPT dikenal pasti untuk dipendekkan tempoh pengajian.

3. Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG).

10 ribu mahasiswa wakil pertama dari keluarga B40 dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua 20 universiti awam.

4. Memperkenalkan Program Asasi TVET.

Program persediaan calon lepasan SPM sebelum mereka menyambung pengajian di peringkat ijazah di Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

5. KPT bersama-sama dengan Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti sedang memuktamadkan proses membolehkan pengambilan pemegang-pemegang sijil kemahiran dari semua jenis institusi kemahiran untuk menyertai Politeknik.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut