Di dalam perkataan Bahasa Melayu, ianya terbentuk melalui suku kata yang melengkapkan ia sebagai satu perkataan.
Perkataan yang lengkap akan menjadikan ianya mempunyai makna yang tersendiri.
Mengenai Suku Kata
Suku kata difahami sebagai unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.
Dalam erti kata yang lain, ia difahami sebagai unit bunyi yang lebih besar daripada bunyi tunggal tetapi lebih kecil daripada perkataan.
Setiap bahasa terdiri daripada bunyi bahasa yang bercantum untuk menjadi perkataan, seperti b dan a bercantum menjadi ba, atau r dan u bercantum menjadi ru.
Jenis Perkataan
Terdapat 4 jenis yang menjadikan ia perkataan iaitu:
- Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
- Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
- Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
- Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)
*K (Konsonan), V (Vokal)
Contoh Ayat
Contoh ayat untuk lebih memahami pembelajaran ini adalah seperti berikut:
Jenis | Contoh Ayat |
Kata tunggal satu s. kata | – Emak membeli 3 tin susu pekat. – Harga sebiji gula-gula itu adalah 3 sen. |
Kata tunggal dua s. kata | – Kain warna merah itu adalah 5 ela. – Muhsin sedang minum air di kantin. |
Kata tunggal tiga s. kata. | – Adik sedang membeli minyak masak di kedai. – Cuaca pada hari ini sangat baik. |
Kata tunggal empat s. kata | – Osman datang daripada keluarga yang berada. – Amin akan sentiasa berada dalam kenangan kita semua. |
Koleksi Latihan
Latihan yang boleh dilakukan oleh murid dalam pembelajaran ini adalah seperti berikut:
Nota Ringkas
Nota ringkas berkaitan dalam pembelajaran ini adalah seperti berikut:
Baca juga: Kata Nama Terbitan: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota