Sudirman Cup 2025 – Jadual Badminton & Keputusan Terkini [LIVE]

Sudirman Cup 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sudah bersedia untuk aksi badminton paling mendebarkan tahun ini? Sudirman Cup 2025 kembali menggegarkan dunia, kali ini dari Xiamen, China, bermula 27 April hingga 4 Mei 2025!

Kejohanan berpasukan campuran paling berprestij ini menghimpunkan 16 pasukan handalan dari seluruh dunia, bertarung dalam lima kategori panas demi memburu kejuaraan.

Dalam artikel ini, anda boleh ikuti jadual penuh perlawanan dan keputusan terkini secara langsung [LIVE] khas untuk peminat badminton tegar yang tak mahu terlepas walau satu smesy!

Baca juga: Liga Super 2024-25: Jadual, Tarikh Perlawanan, LIVE Streaming

Sejarah Penganjuran Sudirman Cup

Piala Sudirman ialah kejohanan badminton berpasukan campuran yang diadakan setiap dua tahun sekali, mempertandingkan lima kategori iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, dan beregu campuran.

Kejohanan ini dinamamkan sempena Dick Sudirman, Kejohanan ini dinamakan sempena Dick Sudirman, tokoh badminton Indonesia yang merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dan pernah menjawat jawatan sebagai pengerusi selama 22 tahun.

Sejak penubuhannya, Piala Sudirman telah menyaksikan dominasi beberapa negara. China merupakan pasukan paling berjaya dengan 13 gelaran juara sehingga tahun 2023. Korea Selatan mengikuti dengan empat kejuaraan, manakala Indonesia memenangi edisi pertama pada tahun 1989.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk persaingan antara negara, tetapi juga simbol perpaduan dan semangat kesukanan dalam komuniti badminton antarabangsa.

Tarikh & Lokasi Sudirman Cup 2025

Sudirman Cup 2025 akan berlangsung dari 27 April sehingga 4 Mei 2025 di Xiamen, China.

Pada November 2018, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menganugerahkan hak penganjuran kepada China. Pada Disember 2023, Persatuan Badminton China memilih Xiamen sebagai bandar tuan rumah, mengatasi Shenzhen dan Zhengzhou. Pengumuman rasmi oleh BWF dibuat pada Jun 2024.

Senarai Pemain Malaysia

Skuad Malaysia akan membawakan 20 orang pemain, iaitu 11 orang pemain lelaki dan 9 orang pemain wanita. Berikut adalah senarai lengkapnya:

A. Persorangan Lelaki

  • Justin Hoj
  • Leong Jun Hao

B. Perseorangan Wanita

  • Goh Jin Wei
  • K. Letshanaa

C. Beregu Lelaki

  • Aaron Chia
  • Chen Tang Jie
  • Goh Soon Huat
  • Goh Sze Fei
  • Hoo Pang Ron
  • Man Wei Chong
  • Nur Izzuddin
  • Soh Wooi Yik
  • Tee Kai Wun

D. Beregu Wanita

  • Carmen Ting
  • Cheng Su Yin
  • Go Pei Kee
  • M. Thinaah
  • Pearly Tan
  • Shevon Jemie Lai
  • Toh Ee Wei

Kumpulan & Negara Yang Bertanding

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding, termasuk tuan rumah dan juara bertahan, China, yang layak secara automatik. Slot lain diisi melalui kejohanan kelayakan benua dan kedudukan ranking dunia.

Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada empat kumpulan, masing-masing terdiri daripada empat pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Sudirman Cup 2025
Kredit: BWF Badminton
Sudirman Cup 2025
Kredit: Statminton

Jadual Perlawanan

Berikut adalah jadual perlawanan lengkap Sudirman Cup 2025 :

Sudirman Cup 2025
Kredit: BWF Badminton
Sudirman Cup 2025
Kredit: BWF Badminton
Kredit: BWF Badminton
Kredit: BWF Badminton
Kredit: BWF Badminton

Anda juga boleh menyemak jadual perlawanan siaran langsung melalui laman web rasmi BWF : https://bwfbadminton.com/tournament/5260/totalenergies-bwf-sudirman-cup-finals-2025

Baca juga: Liga Juara-juara Eropah 2025 (UCL): Siaran Langsung Final

Siaran Langsung (LIVE) Sudirman Cup 2025

Perlawanan LIVE boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di https://rtmklik.rtm.gov.my/, atau:

Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari Prospektus Rasmi dalam laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut