SSDM KPM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid & Panduan

Sistem Sahsiah Diri Murid
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM merupakan sebuah portal atau sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurus dan merekod sahsiah dan disiplin para pelajar di sekolah.

Sistem ini mementingkan “Amalan Baik” sebagai mekanisme untuk membudayakan amalan nilai-nilai murnin dalam kalangan murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan.

Dengan memasukkan elemen mata (skor) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

SSDM pada dahulunya adalah dipanggil sebagai  Sistem Salahlaku Disiplin Murid namun telah diubah kepada Sistem Sahsiah Diri Murid kerana terdapat penambahaikan dimana amalan baik murid turut akan direkodkan dalam sistem ini.

Matlamat & Objektif

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dibangunkan untuk mencapai matlamat yang berikut:

  • Membangunkan satu sistem yang boleh mengukur status sahsiah murid secara holistik dan valid dengan mengambil kira kelakuan positif dan kelakuan negatif seseorang murid sebagai status sahsiah mereka.
  • Membudayaka Amalan Baik murid dengan menggalakkan murid mengamalkan nilai-nilai murni sebagai amalan harian mereka.
  • Menambah baik sistem SSDM sedia ada
  • Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan tindakan / hukuman suapaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas, peraturan-peraturan sedia serta Standard Operasi Prosedur (SOP)
  • Membantu pihak sekolah memantapkan pengurusan sahsiah dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi
  • Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Menjalin rangkaian keraja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga
  • Sebagai pengkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan, khasnya pengeluaran Sijil AKuan Sahsiah sebagai pengiktirafan status sahsiah murid sejajar dengan peringkat persekolahan secara profresif
  • Penyediaan data sahsiah (Amalan Baik dan Salah Laku) yang tepat untuk kegunaan PPD, KPN dan KPM sebagai pengiktirafan status sahsiah murid sejajar dengan peringkat persekolahan secara progresif

Artikel menarik: Google Scholar: Tips, Panduan dan Cara Guna

Fungsi SSDM

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

Berikut merupakan fungsi utama sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) ini:

  • Merekod kes-kes salahlaku/perilaku baik murid
  • Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku dan amalan baik murid
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Contoh senarai amalan baik / nilai murni

Penekanan Terhadap Amalan Baik

SSDM kini menekankan “Amalan Baik” sebagai mekanisme untuk membudayakan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Dengan memasukkan elemen mata (skor), status sahsiah murid dapat dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Beberapa sekolah telah menggunakan SSDM untuk mengiktiraf murid yang menunjukkan sahsiah terpuji.

Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Bukit Jerok telah menobatkan murid-murid sebagai “Murid Unggul” bagi bulan Julai dan Oktober 2024 berdasarkan rekod dalam SSDM.

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara telah menganjurkan Webinar Siri 5/2024 bertajuk “Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)” pada 29 Julai 2024.

Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman mendalam mengenai penggunaan SSDM dalam kalangan pendidik.

Tahap Pengguna

Sistem ini hanya boleh diakses oleh 4 tahap pengguna seperti yang disenaraikan di bawah ini:

  • Sekolah
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Login SSDM KPM

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada 4 tahap pengguna di atas, anda boleh log masuk portal SSDM dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web https://ssdm.moe.gov.my/.
  2. Masukkan ID dan katalaluan dan klik butang ‘Masuk’
    • Pengguna boleh mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan dengan menghubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian
  3. Perkara-perkara yang berkaitan dengan murid boleh diakses melalui bahagian ‘Maklumat Murid’ seperti yang disediakan.
  4. Melalui bahagian ini juga, pengguna boleh mengemaskini maklumat seperti senarai salah laku dan disiplin, perbuatan baik dan sebagainya.
  5. Surat amaran juga boleh dicetak selepas maklumat disiplin dan salah laku dikemaskini melalui bahagian tersebut.

Artikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM

Panduan Penggunaan SSDM

Untuk panduan penuh cara menggunakan sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) seperti memasukkan rekod salahlaku murid, kemaskini maklumat murid, melihat laporan statisitik salah laku dan sebagainya, sila klik pautan di bawah:

> Manual Pengguna SSDM

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem ini, sila hubunngi pegawai yang bertugas seperti maklumat yang tertera di bawah:

Unit Pembangunanan Sahsiah Murid
Sektor Hal Ehwal Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3 & 4, Blok E2,
Parcel E, 62604 Putrajaya
Tel : 03-88849339

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut