Squid Game 3 : Trailer Rasmi, Sinopsis, Tarikh Tayangan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Drama fenomena di Netflix, Squid Game 3 bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Kekal sebagai drama bersiri Netflix bukan bahasa Inggeris nombor satu di peringkat global, Squid Game kembali pada musim akhir iaitu musim ketiga.

Musim ini sekaligus bakal menjawab segala persoalan yang tergantung pada penghujung musim kedua lalu.

squid game 3
squid game 3

Recap : Apa yang Berlaku Sebelum Squid Game Musim 3?

Dalam penamat Musim 2, Gi-hun cuba memimpin rakan-rakan pesaingnya menentang arkitek di sebalik permainan maut itu.

Rancangannya kelihatan berjaya apabila kumpulan pemberontak hampir berjaya memasuki pusat kawalan arena.

Walau bagaimanapun, Front Man — yang sepanjang musim kedua menyamar sebagai Pemain 001 — masuk campur pada saat akhir kemudian mengkhianati Gi-hun demi mematahkan pemberontakan tersebut.

Dalam detik tragis yang paling menyayat hati, Front Man membunuh sahabat baik Gi-hun iaitu Jung-bae.

Sinopsis Squid Game 3 – Pertembungan Sengit Antara Front Man dan Gi-Hun

Pemberontakan yang gagal, kematian seorang sahabat, dan pengkhianatan yang dirahsiakan — Squid Game Musim 3 menyambung kisah dramatik sejurus selepas penamat berdarah Musim 2.

Walaupun Gi-hun berada di tahap paling rendah dalam hidupnya, permainan maut ini tidak akan berhenti untuk sesiapa.

Gi-hun akan dipaksa membuat keputusan penting dalam keadaan terdesak apabila dia dan pemain lain yang masih hidup dipaksa menyertai permainan zaman kanak-kanak yang lebih berbahaya, menguji ketahanan fizikal dan mental mereka.

squid game 3

Dengan setiap pusingan, keputusan yang mereka buat membawa kepada akibat yang lebih dahsyat.

Sementara itu, In-ho kembali memainkan peranannya sebagai Front Man untuk menyambut kehadiran VIP yang misteri, manakala adiknya, Jun-ho, meneruskan pencarian untuk menemui pulau tersembunyi itu — tanpa menyedari bahawa ada pengkhianat di kalangan mereka.

Mampukah Gi-hun membuat keputusan yang tepat, atau adakah Front Man akhirnya akan mematahkan semangatnya?

squid game 3

Tarikh Tayangan

Squid Game musim ketiga akan ditanagkan di platform penstriman Netflix pada 27 Jun 2025.

Barisan Pelakon dan Watak

Memandangkan Squid Game 3 adalah sambungan daripada permainan dari musim kedua, kemungkinan besar drama ini akan menampilkan watak yang sama.

Antara watak yang dijangka bakal kembali pada musim ketiga adalah :

PelakonWatak
Lee Jung-jaeSeong Gi-hun /Pemain 456
Lee Byung-hunIn-ho/ Front Man / Pemain 001
Wi Ha-junHwang Jun-ho
Im Si-wanMyung-gi / Pemain 333
Kang Ha-neulDae-ho / Pemain 388
Park Sung-hoonHyun-ju / Pemain 120
Yang Dong-geunYong-sik / Pemain 007
Kang Ae-simGeum-ja / Pemain 149
Jo YuriJun-hee / Pemain 222
Lee DavidMin-su / Pemain 125
Roh Jae-wonNam-gyu / Pemain 124
Park Gyu-youngNo-eul
squid game 3

Trailer Rasmi Squid Game 3

Kini tiba masanya untuk memutarkan semula permainan dan memulakan pusingan terakhir Squid Game. Trailer baharu membawa penonton mengimbas kembali perjalanan penuh liku Gi-hun, sambil memberi petunjuk kepada apa yang bakal berlaku.

Dalam video tersebut, Gi-hun kembali ke ruang peserta selepas pemberontakannya gagal.

Kita juga dapat melihat para pemain kembali ke gelanggang dengan pertaruhan yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Pasukan dibentuk, VIP kembali, dan pertarungan bermula.

Squid Game 3 FAQ

Bilakah Squid Game 3 akan ditayangkan?

Squid Game 3 akan ditayangkan pada 27 Jun 2025 di platform penstriman Netflix

Siapakah pengarah drama Netflix Squid Game?

Drama bersiri ini telah dicipta dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk.  

Apakah yang dijangka bakal terjadi dalam Squid Game musim 3?

Netflix telah mengesahkan bahawa Squid Game musim ketiga akan bersambung terus daripada penamat suram musim kedua. Menurut kenyataan media, musim 3 bakal meneroka pilihan-pilihan yang akan dibuat oleh Gi-hun di tengah desakan yang melampau.

Ketika Front Man merancang langkah seterusnya, para pemain yang masih hidup mendapati setiap keputusan mereka membawa kepada akibat yang semakin parah dalam setiap pusingan permainan maut ini.

Arah tuju siri ini seterusnya banyak bergantung kepada keadaan mental Gi-hun — sama ada dia mampu bangkit dan melawan semula, atau tenggelam sepenuhnya dalam kekecewaan.

Walau apapun, dia kemungkinan besar akan dipaksa untuk terus bermain bersama pemain lain yang masih bertahan, demi hiburan keji Front Man dan para VIP.

Tambahan pula, memandangkan peserta yang berpotensi telah hampir pupus, permainan mungkin akan berlanjutan sehingga keenam-enam pusingan.)

Di luar jangkaan khusus, terdapat dua pertembungan emosi besar yang dijangka berlaku dalam musim ketiga: satu antara Gi-hun dan Front Man (diharapkan tanpa topeng kali ini), dan satu lagi antara Front Man dan adiknya, Jun-ho.

Memandangkan Kapten Park kini bekerja untuk Front Man, dia mungkin akan membawa Jun-ho dan pasukannya ke pulau yang betul agar dua beradik itu dapat bertemu semula secara bersemuka.

Berapakah episod dalam Squid Game musim ketiga?

Meskipun Netflix belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, musim terakhir bagi drama bersiri ini dijangka bakal ditayangkan sebanyak 6 episod.

Adakah Siri ‘Spinoff’ Squid Game Pada Masa Akan Datang?

Pengarah Hwang Dong-hyuk tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menghidupkan semula dunia Squid Game suatu hari nanti.

Dalam sebuah temu ramah, Hwang menjelaskan bahawa sekiranya ingin kembali ke Squid Game, beliau ingin menghasilkan ‘spinoff’ tentang watak yang berbeza dengan jalan cerita berbeza.

Sebagai contoh, para pengawal bertopeng – bagaimana mereka boleh terjebak dalam dunia ini? Apakah rutin dan aktiviti masa lapang mereka.

Yang pasti, Squid Game 3 bakal menjanjikan kejutan yang tidak terduga dan pengakhiran yang mendebarkan.

Segalanya kini bergantung kepada Gi-hun — adakah dia mampu menamatkan permainan tidak berperikemanusiaan buat selamanya, atau adakah dia akan tewas di tangan Front Man yang licik dan kejam?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Squid Game musim ketiga pada 27 Jun 2025.

Sumber : Netflix, Marie Claire

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut