Selaras dengan kemajuan teknologi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan SPPAT, sebuah sistem pengurusan peperiksaan atas talian.
SPPAT atau nama penuhnya Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian merupakan satu sistem komprehensif bagi pengurusan pelbagai jenis peperiksaan yang boleh diakses oleh pihak sekolah, JPN, PPD dan sebagainya.
Dengan SPPAT juga, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan ujian mereka dengan pantas dan mudah apabila keputusan peperiksaan telah diumumkan.
Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan
Dari semasa ke semasa, calon peperiksaan bagi peperiksaan SPM Ulangan boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan pantas melalui portal atau sistem SPPAT ini iaitu:
- Layari pautan SPPAT di https://sppat.moe.gov.my
- Calon yang mahu membuat semakan keputusan mereka hanya perlu memasukkan maklumat berikut:
- Nombor kad pengenalan
- Nombor angka giliran peperiksaan
- Keputusan peperiksaan akan dipaparkan.
Pastikan kedua-dua maklumat ini diisikan dengan betul bagi memastikan maklumat yang benar dipaparkan di portal SPPAT ini.
Rujuk Manual Pengguna Cetakan Slip Keputusan Calon Persendirian (JPN) melalui lampiran di SINI.
Kaedah Semakan Keputusan SPM
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:
KAEDAH 1
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.
Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.
KAEDAH 2
Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai
pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau
KAEDAH 3
Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.
Pendaftaran Calon Persendirian / Ulangan SPM
Melalui portal SPPAT juga, calon persendirian bagi peperiksaan SPM juga boleh mendaftarkan diri di halaman.
Perkara sama juga boleh dilakukan oleh calon ulangan, iaitu para pelajar yang berhasrat mengulang semula beberapa subjek dalam SPM bagi memperbaiki markah SPM mereka.
Tidak semua subjek yang terlibat sebaliknya hanya subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja yang ditawarkan untuk peperiksaan ulangan SPM ini.
Maklumat terkini peperiksaan
SPPAT juga berfungsi sebagai portal sehenti bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR.
Pada bahagian kanan portal ini, terdapat ruangan “Makluman Terkini” di sebelah kanan skrin komputer anda yang memaparkan beberapa perkara-perkara penting peperiksaan yang diambil.
Maklumat lanjut: