SPLKPM Modul Individu: Panduan Login Untuk Guru

splkpm modul individu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (SPLKPM).

Bagi memberikan kemudahan kepada guru dan pegawai pendidikan bagi menyelaras latihan dan pembangunan profesional mereka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

Sistem ini memudahkan guru untuk mendaftar, mengurus, dan memantau latihan serta pembangunan profesional yang dijalankan oleh pihak KPM dan institusi-institusi yang diiktiraf.

Pengenalan SPLKPM

SPLKPM merupakan sistem yang dibangunkan oleh KPM bagi menguruskan latihan dan pembangunan profesional guru-guru serta pegawai pendidikan di bawah kementerian tersebut.

Sebelum ini, sistem ini dikenali sebagai SPLGKPM atau Sistem Pengurusan Latihan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menerusi sistem ini, guru dan pegawai pendidikan boleh mendaftar latihan serta pembangunan profesional yang dijalankan dengan mudah secara atas talian.

Ciri-Ciri SPLKPM

Ciri-ciri sistem ini adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran kursus
  • Penilaian kursus
  • Kehadiran dan penyertaan kursus
  • Pengurusan data latihan
  • Pengeluaran sijil kursus

Jenis Pengguna

Terdapat 2 jenis pengguna bagi sistem ini iaitu:

  • Modul individu
  • Modul SULDP (Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan)

Login SPLKPM Modul Individu

Berikut adalah cara-cara untuk login bagi modul individu:

1) Layari laman web https://splkpm.moe.gov.my/.

2) Masukkan No KP dan Kata Laluan

3) Masukkan Capcha huruf bewarna biru

4) Pilih “MODUL INDIVIDU”

5) Klik “MASUK”

6) Pengguna akan dibawa ke laman utama MODUL INDIVIDU

7) Jika no kad pengenalan atau kata laluan adalah salah, paparan harap maaf akan keluar.

8) Jika akaun tidak bertatus AKTIF, paparan seperti berikut akan keluar.

Lupa Kata Laluan SPLKPM Modul Individu

Untuk mereka yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1) Klik “LUPA KATA LALUAN MODUL INDIVIDU”

2) Masukkan NO IC anda dan Klik butang “SEMAK”

* Jika NO IC anda dijumpai di dalam pangkalan data, Notifikasi email yang mengandungi kata laluan anda di hantar ke email pengguna.

3) Semak inbox email

4) Dilampirkan kata laluan akaun SPLKPM/SGMY didalam notifikasi ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SPLKPM Modul Individu, sila layari laman web https://splkpm.moe.gov.my/.

Baca juga: Sinopsis Buku SPLKPM: Format & Cara Menulis Sinopsis

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut