Solat Sunat Maghrib: Hukum & Panduan Menunaikan

maghrib
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Solat Sunat Maghrib: Hukum & Panduan Menunaikan

Menunaikan solat fardhu adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Terdapat 5 solat fardhu yang diwajibkan dalam sehari untuk ditunaikan. 

Selain solat fardhu, terdapat juga solat-solat sunat yang dianjurkan untuk ditunaikan sebelum dan selepas solat fardhu. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan solat yang ditunaikan sebelum dan selepas  fardhu maghrib. 

BACA JUGA: Solat Sunat Sebelum Zuhur : Niat, Panduan & Kelebihannya

Solat Sunat Sebelum & Selepas

Solat sunat yang ditunaikan mengiringi solat fardhu dikenali sebagai solat sunat Rawatib. 

  • Solat sunat sebelum Solat fardhu dikenali sebagai Qabliyyah.
  • Solat sunat selepas Solat fardhu pula dikenali sebagai Ba’diyyah.
Solat Sunat Maghrib: Hukum & Panduan Menunaikan

Bilangan Rakaat 

Solat sunat sebelum dan selepas maghrib ditunaikan sebanyak dua rakaat. 

Hukum

Solat Sunat Sebelum Solat Fardhu Maghrib

Solat sunat sebelum solat fardhu Maghrib  adalah digalakkan mengerjakannya tetapi bukan dengan galakkan yang kuat dan termasuk dalam solat sunat ghairu muakkad.

Solat Sunat Selepas Solat Fardhu Maghrib

Solat sunat selepas solat fardhu Maghrib  adalah termasuk dalam solat sunat muakkad.

NOTA: 

Solat sunat rawatib ini terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan).

Maksud sunat ghairu muakkad ialah solat sunat yang tidak kuat tuntutan mengerjakannya berbanding sunat muakkad iaitu yang kuat tuntutannya.

Panduan Menunaikan

Tatacara menunaikan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu adalah sama kecuali niat. Berikut adalah panduannya:

Rakaat Pertama

1. Takbiratul ihram & Niat.

> Niat solat sunat sebelum fardhu Maghrib:

Solat Sunat Maghrib

Rumi: Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Taala 

Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum fardhu maghrib dua rakaat kerana Allah Taala

> Niat solat sunat selepas fardhu Maghrib:

Solat Sunat Selepas Solat Jumaat

Rumi: Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala 

Maksud: Sahaja aku solat sunat selepas maghrib dua rakaat kerana Allah Taala

2. Membaca AlFatihah.

surah al fatihah

3. Membaca Surah Pilihan.

4. Rukuk.

5. Iktidal.

bangun dari rukukrabbana lakal hamdh

6. Sujud.

7. Duduk di antara dua sujud.

8. Sujud kedua.

Rakaat Kedua

1. Mulakan dengan Lafaz Takbir intiqalat – takbir permulaan. 

2. Membaca AlFatihah.

surah al fatihah

3. Membaca Surah Pilihan.

4. Rukuk.

5. Iktidal.

bangun dari rukukrabbana lakal hamdh

6. Sujud.

7. Duduk di antara dua sujud.

8. Sujud kedua.

9. Tahiyat Akhir.

Solat Sunat Maghrib

10. Memberi salam.

RUJUKAN:

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2993-al-kafi-1029

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut