Niat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari – JAKIM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Niat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari – JAKIM

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada 20 April 2023, mulai jam 11:00 pagi hingga 1:30 tengah hari dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.

Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.

Disertakan infografik berkaitan gerhana tersebut untuk makluman bersama.

gerhana matahari malaysia april 2023

Apakah Solat Sunat Gerhana?

Solat Sunat Gerhana Bulan / Matahari / Kusuf didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain.

Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.

Lafaz Niat

niat-solat-gerhana-matahari-sq

Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala“

Solat gerhana matahari
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari

Cara pelaksanaan solat sunat gerhana matahari yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
  8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih.
  11. Duduk antara 2 sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
  3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  7. Iktidal.
  8. Sujud dan membaca tasbih.
  9. Duduk antara 2 sujud.
  10. Sujud kembali.
  11. Membaca tasyahud akhir.
  12. Memberi salam.

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
Klik DI SINI untuk contoh Khutbah Gerhana Bulan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut