PELANCARAN SKIM PINJAMAN TANPA FAEDAH SKIM PEKA PKS 3.0
Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 dengan tabung sebanyak RM 5 juta dibuka kepada semua usahawan mikro, kecil dan sederhana khususnya mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Undang-Undang Darurat yang bermula sejak Januari 2021.
Tahukah anda apa itu Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 dan bagaimana untuk membuat permohonan?
Di sini kami kongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.
Apakah Pinjaman PEKA PKS 3.0
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini pada bulan April 2020 telah memperkenalkan Tabung Pinjaman PekaPKS sebanyak RM 30 juta dan Tabung Pinjaman Pelancongan RM10 juta bagi membantu golongan usahawan PKS dan pelancongan yang terjejas akibat perlaksanaan PKP 1.0.
Di bawah skim yang pertama ini seramai 1, 651 telah mendapat pinjaman dibawah tabung Pinjaman Peka PKS dan 77 telah mendapat pinjaman di bawah Skim Pinjaman Pelancongan.
Baca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyedari ramai usahawan terkesan teruk akibat perlaksanaan PKP dan Undang- Undang Darurat bermula Januari 2021 diikuti pula PKP 3.0 pada bulan Mei kerana tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan mereka hilang punca pendapatan.
Menyedari hakikat ini kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta tabung pinjaman untuk membantu dan memberi keutamaan kepada usahawan-usahawan ini.
Dengan pinjaman ini Kerajaan Negeri berharap para usahawan yang terkesan dapat bangkit semula meneruskan kelangsungan perniagaan seperti biasa dengan pematuhan SOP dan norma baharu dengan pengumuman pembukaan semula semua sektor ekonomi oleh kerajaan.
Kadar Pinjaman
Pinjaman bermula dari RM5,000 dengan maksima RM20,000 tanpa faedah dan tanpa cagaran dengan tempoh pembayaran balik pinjaman sebanyak 30 bulan termasuk moratorium 6 bulan yang pertama.
Cara Permohonan Skim PEKA PKS 3.0
Semua permohonan pinjaman Skim PEKA PKS3.0 perlu membuat permohonan secara atas talian.
Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dilantik sebagai urusetia bagi skim ini.
Baca juga: eBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 (Online/Manual)
Maklumat Lanjut
Segala makluman dan pertanyaan berhubung skim pinjaman ini boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan (call centre) di talian 04-6340890/ 194/ 894/ 895/ 100 dan melayari pautan: https://form.jotform.com/PDCHelpdesk/skim-peka-pks