Skim Cakna Suri 2023 : Bantuan RM200 One-off Untuk Surirumah

skim cakna suri 2023
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan Skim Cakna Suri 2023 kini dibuka untuk surirumah sepenuh masa!

Skim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah dengan memberikan sumbangan kepada suri rumah secara one-off RM200.

Berikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan skim ini untuk makluman semua yang ingin memohon.

Apakah Skim Cakna Suri 2023?

Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program termasuk Skim Cakna Suri ini diperkenalkan.

Pendaftaran Skim Suri Cakna Siri 1 bermula pada tahun 2020 oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan ia merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam.

Pada awalnya, skim ini khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020, dan ia masih diteruskan bagi tahun 2023.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan menerima bantuan skim ini adalah :

  1. Suri rumah sepenuh masa
  2. Berumur 54 tahun dan ke bawah
  3. Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  4. Rakyat Negeri Kelantan
  5. Pendapatan Isi Rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah
  6. Bukan penerima Skim Cakna Suri 2022

Cara Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun pada link berikut :
https://drive.google.com/…/12OcWNI1Hl7…

ATAU

Anda juga boleh memuat turun melalui imej JPEG di bawah

ATAU

Lampiran PDF borang di sini :

Borang hendaklah DISERAHKAN ATAU POS sebelum atau pada 31 Januari 2023 (Selasa) kepada:

Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre),
Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek,
15000 Kota Bharu, Kelantan

No Telefon Mawaddah Centre : 09-743 0497

Tarikh Permohonan Skim Cakna Suri 2023

Tarikh untuk isi borang dan penghantaran bermula 23 Januari 2023 (Isnin) dan tamat pada 31 Januari 2023 (Selasa) 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga di saluran berikut:

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan.

Tel : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut