Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) merupakan sistem yang diwujudkan khusus bagi membolehkan orang awam dalam membuat aduan terutamanya melibatkan perkhidmatan dan penyampaian kerajaan.
Dengan adanya sistem ini, orang ramai boleh membuat aduan atau pertanyaan serta cadangan hanya melalui atas talian sahaja.
Mengenai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
SISPAA adalah satu sistem aplikasi yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan maklum balas aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan agensi Kerajaan.
Ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari semasa ke semasa yang telah dimudah cara oleh teknologi terkini.
Sistem ini merupakan kesinambungan daripada Sistem Integrated Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada penghujung tahun 2007 dan mula digunapakai oleh beberapa Agensi Kerajaan sejak tahun 2009.
Setelah mendapat respon yang positif daripada agensi Kerajaan yang menggunapakai Sistem iSPAAA dan permintaan terhadap Sistem iSPAAA oleh AgensiAgensi Kerajaan telah bertambah, BPA telah berkolaborasi bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan MAMPU untuk menambahbaik Sistem iSPAAA dan dijenamakan semula sebagai SISPAA serta diperluaskan penggunaannya kepada Meja Bantuan Teknikal selain daripada Pengurusan Aduan.
Sistem ini dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklumbalas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet.
Fungsi SISPAA
Antara fungsi sistem ini diwujudkan adalah:
- Menguruskan aduan awam secara dalam talian berhubung perkhidmatan Kerajaan sekaligus membolehkan tindakan yang cepat dan tepat dapat diambil.
- Menyediakan gerbang perkhidmatan pengurusan aduan yang utama di agensi Kerajaan.
- Menyediakan saluran aduan bagi kemudahan orang awam mengemukakan aduan seiring dengan peningkatan pendigitalan sektor awam melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang inklusif dan bersepadu.
- Sistem ini juga menyediakan modul pengumpulan data bagi pengurusan pintar dalam menyediakan laporan, analisa serta perkongsian dan integrasi data yang efisien kepada semua pihak yang terlibat di dalam pengurusan aduan awam.
Carta Alir Proses Penerimaan Aduan
Berikut merupakan carta alir proses penerimaan aduan melalui sistem ini.
Jenis Aduan
Jenis aduan yang boleh dilakukan oleh orang ramai adalah seperti berikut:
- Pelaksanaan dasar undang-undang
- Ekspektasi pelanggan
- Tatakelakuan/integriti penjawat awam
- Prosedur/proses kerja
- Keadilan/Kesaksamaan
- Kemudahan/infratruktur awam/penyelenggaraan
- Penyampaian perkhidmatan
- Penguatkuasaan
Cara Membuat Aduan
Untuk membuat aduan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1- Imbas kod qr seperti dalam poster di bawah:
2- Kemudian, isikan maklumat peribadi dan aduan yang ingin dilakukan.
3- Klik “Submit” untuk menghantar aduan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai sistem ini, sila layari laman web https://pcb.spab.gov.my/.
Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara