Sijil KAFA Menengah (SKM)- Semakan Peperiksaan SKM 2024

sijil kafa menengah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi murid yang akan mengambil Sijil KAFA Menengah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jadual peperiksaan bagi Tingkatan 4 untuk tahun 2024 telah dikeluarkan.

Sijil ini akan dikeluarkan khusus kepada mereka yang mengambil Kelas KAFA Menengah di bawah JASI pada Tingkatan 4.

Menariknya, ini boleh dijadikan nilai tambah terutamanya kepada permohonan Guru KAFA bagi calon yang tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab di dalam SPM.

Mengenai KAFA Menengah JAIS

KAFA Menengah JAIS adalah pendidikan alternatif kepada murid sekolah menengah yang berminat mempelajari ilmu agama tetapi tidak mendapat tawaran ke Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri atau Persekutuan.

Tujuan adalah mengukuhkan pendidikan agama kepada murid-murid di dalam Negeri Selangor selain memenuhi kehendak ibu bapa yang cenderung memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya.

Jumlah terkini kelas KAFA Menengah di Negeri Selangor adalah 27 buah kelas yang meliputi 13 buah kelas beroperasi di premis Masjid dan 14 buah kelas beroperasi di premis Sekolah Rendah Agama.

Sehingga Mei 2024, Kelas KAFA Menengah JAIS mempunyai 2095 orang pelajar di seluruh Negeri Selangor.

Kelebihan KAFA Menengah JAIS

Antara kelebihan kelas KAFA ini kepada murid adalah:

  • Inisiatif pengajian agama Islam peringkat menengah
  • Kesinambungan pengajian selepas tamat KAFA rendah
  • Silibus yang disediakan oleh peringkat JAIS
  • Tenaga pengajar yang dilantik JAIS
  • SKM yang dikeluarkan oleh JAIS bagi yang tamat sehingga Tingkatan 4
  • Ujian penilaian akhir tahun akan diadakan bagi setiap tingkatan
  • Pertandingan amal Islami peringkat daerah dan peringkat Negeri Selangor

Subjek SKM

Untuk mendapatkan sijil ini, subjek peperiksaan yang perlu diambil murid adalah:

  • Bahasa Arab
  • Syariah
  • Tauhid dan Akhlak
  • Tafsir dan Hadis

Pelajar Terlibat

Pelajar yang teribat dalam peperiksaan ini adalah mereka daripada Tingkatan 4.

Jadual Peperiksaan

Jadual peperiksaan ini boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:

Contoh Kertas Soalan SKM

Antara contoh kertas soalan yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:

i) Bahasa Arab

ii) Syariah

iii) Tauhid dan Akhlak

iv) Tafsir dan Hadis

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Sijil KAFA Menengah, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my.

Baca juga: Format UPKK 2024: Format Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut