Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun kembali dengan tawaran eksklusif yang berlangsung dari 26 Jun hingga 9 Julai 2025, membawa tema “Shopee Lagi Murah, Lagi Cepat”.
Jualan ini menawarkan diskaun menarik, penghantaran pantas dan percuma, serta acara hiburan istimewa untuk semua pengguna.
Apa Yang Ditawarkan Sepanjang Shopee 7.7
1. Diskaun Harian Sehingga 50%
Setiap hari sepanjang tempoh jualan, pengguna boleh menikmati diskaun harian sehingga 50% untuk pelbagai produk pilihan termasuk barangan rumah, kecantikan, fesyen, makanan, dan elektronik.
Tawaran ini berubah setiap hari, jadi pengguna digalakkan untuk menyemak aplikasi Shopee secara berkala.
2. Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Shopee terus memudahkan pengguna dengan penghantaran PERCUMA tanpa had minimum pembelian.
Ini bermaksud, anda boleh membeli barang bernilai rendah sekalipun tanpa dikenakan caj penghantaran iaitu satu insentif yang sangat menarik bagi pembeli bajet.
3. Jaminan Penghantaran Hari Esok
Bagi sesetengah produk dan lokasi, Shopee turut menawarkan jaminan penghantaran hari esok.
Ini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih cekap dan memuaskan, terutamanya bagi pembeli yang memerlukan barangan segera.
Acara Khas: Shopee 7.7 Super Showdown
Sebagai pelengkap kepada kempen ini, Shopee akan menganjurkan acara hiburan Shopee 7.7 Super Showdown pada 7 Julai jam 9 malam.
Acara ini akan disiarkan secara langsung dan menampilkan selebriti popular tanah air seperti Janna Nick, Sherry Alhadad, Atu, Aya, Ajak, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Nadeera, Sarah Suhairi dan Mak Kiah Ferry dan ramai lagi dalam pelbagai segmen interaktif serta cabutan hadiah menarik.
Pengguna juga boleh memenangi baucar eksklusif dan hadiah lumayan hanya dengan menonton secara live.
Tips Jimat Maksimum!
- Masukkan barang ke dalam “Add to Cart” lebih awal
- Aktifkan “Push Notification” supaya tak terlepas Flash Sale
- Tonton Super Showdown untuk klaim baucar eksklusif LIVE
Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun 2025 bukan sekadar jualan biasa, ia adalah satu pesta beli-belah, hiburan dan kejutan mega!
Dengan diskaun harian, penghantaran percuma tanpa had, dan show eksklusif yang meriah, ini peluang terbaik anda untuk shopping puas-puas.
🎁 Shopee Lagi Murah, Lagi Cepat — Siapa Cepat, Dia Dapat!
Baca juga: Lazada 7.7 Bonanza Sale: Tawaran Terbesar Julai Kini Kembali!