Anda teringin rasai percutian ala-ala di luar negara bersama pasangan, keluarga atau kawan-kawan?
Tak perlu pergi jauh-jauh, apa kata jadikan Semporna, Sabah sebagai pilihan destinasi percutian anda yang seterusnya!
Semporna, Sabah
Semporna adalah merupakan salah satu daerah yang terletak di pantai tenggara Sabah, Malaysia.
Ia terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan pulau-pulaunya. Terdapat pelbagai tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh lakukan di di Semporna, Sabah.
Dengan air biru kristal, pantai berpasir putih dan tempat menyelam yang menakjubkan, Semporna adalah destinasi ideal bagi pencinta alam dan penggemar aktiviti air.
Selain itu, ia juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian bersama keluarga atau lokasi berbulan madu bersama pasangan.
BACA JUGA: 10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Masa Terbaik Melawat Semporna
Semporna mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, seperti cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia. Destinasi pilihan ramai ini akan padat dengan kunjungan pelancong pada masa cuti sekolah dan cuti umum.
TIPS: Pastikan anda memantau ramalan cuaca dan membuat perancangan dengan teliti sebelum memulakan perjalanan ke Semporna. Dapatkan nasihat agen (sekiranya ada) dan buat tempahan tiket/bot dengan segera.
Cara ke Semporna Dari Semenanjung (KLIA) & Kota Kinabalu (BKI)
Sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur (KL), anda boleh menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit.
Manakala, sekiranya anda bertolak dari Kota Kinabalu, anda boleh menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Tawau yang mengambil masa kurang daripada 1 jam.
Selain itu, anda juga boleh menaiki atau bas jarak jauh yang memakan masa kira-kira 9 jam.
Setelah sampai di Lapangan Terbang Tawau, perjalanan ke Semporna mengambil masa lebih kurang sejam. Anda boleh menempah kereta sewa peribadi, menaiki Grab/teksi dari lapangan terbang Tawau untuk ke Jeti Semporna.
Sekiranya anda menempah pakej percutian bersama agen, biasanya mereka akan turut menyediakan kemudahan pengangkutan daripada Lapangan Terbang Tawau ke Semporna.
Apabila sampai di Jeti Semporna, anda perlu menaiki bot untuk ke destinasi akhir (pulau pilihan anda). Secara umumnya, bot di Jeti Semporna beroperasi pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang, setiap hari.
TIPS: Pastikan anda membuat tempahan tiket bot awal-awal untuk mengelakkan percutian anda tertunda disebabkan ketiadaan bot.
Penginapan di Semporna
Terdapat pelbagai pilihan penginapan di Semporna berdasarkan bajet yang anda miliki. Anda boleh menginap di resort atas air untuk merasai pengalaman baru dan menikmati keindahan pulau di Semporna.
Selain menginap di resort atas air, ramai juga yang memilih untuk menginap di pekan Semporna kerana harganya yang lebih mampu milik. Untuk penginapan yang mewah dan selesa, anda boleh sediakan bajet lebih sedikit.
NOTA:
Anda boleh buat tempahan pakej pelancongan bersama KLOOK untuk memudahkan percutian anda. Kebanyakan pakej yang ditawarkan sudah termasuk tempat penginapan.
TAIP: SEMPORNA >> Pilih pakej yang sesuai mengikut citarasa anda!
Klook.comTempat Menarik di Semporna, Sabah
1. Pulau-pulau
Di Semporna terdapat banyak pulau yang sangat indah untuk dikunjungi. Bahkan ramai yang mengatakan bahawa pulau-pulau Semporna adalah seperti berada di Maldives!
Setiap pulau mempunyai keunikannya sendiri yang menawarkan pengalaman yang berbeza-beza kepada para pelawat. Antara pulau yang anda wajib kunjungi ialah:
1.1 Pulau Sipadan
Pulau Sipadan merupakan salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia dan tempat menarik utama di Semporna. Pulau ini terkenal dengan kepelbagaian hidupan marinnya yang menakjubkan, termasuk penyu, ikan pari, dan ribuan spesies ikan terumbu karang.
Pengunjung boleh menikmati aktiviti menyelam scuba atau snorkeling untuk menyaksikan keindahan bawah laut yang memukau. Walaupun tiada penginapan di pulau ini kerana statusnya sebagai taman laut yang dilindungi, pelancong masih boleh melawat untuk aktiviti siang hari.
Anda boleh menginap di pulau-pulau berdekatan seperti Mabul, Kapalai, dan Mataking. Resort-resort ini menawarkan pakej menyelam yang termasuk pengangkutan bot ke Pulau Sipadan, permit menyelam dan peralatan yang diperlukan.
1.2 Pulau Mabul
Pulau Mabul dikenali sebagai destinasi muck diving terbaik, dengan pelbagai spesies makro yang menarik perhatian jurufoto bawah laut. Ia terkenal dengan hidupan marin kecil dan unik seperti kuda laut, udang mantis, dan pelbagai jenis sotong.
Selain menyelam, Mabul juga sesuai untuk aktiviti snorkeling kerana airnya yang jernih dan terdapat pelbagai hidupan laut. Nak bersantai-santai di pantainya, pun seronok.
Pilihan penginapan termasuk resort mewah di atas air dan penginapan bajet di daratan, menjadikannya sesuai untuk semua jenis pelancong.
1.3 Pulau Kapalai
Kapalai terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dan konsep “satu pulau, satu resort” yang menjadikannya destinasi yang eksklusif dan tenang untuk pelancong.Ia menawarkan pengalaman percutian yang santai dan mewah.
Walaupun sering dirujuk sebagai pulau, Kapalai sebenarnya adalah sebuah sandbank putih yang terbentuk akibat hakisan selama ratusan tahun.
Pulau ini terletak berhampiran dengan Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, hanya 15-20 minit perjalanan dengan bot laju dari kedua-dua pulau tersebut.
Aktiviti utama di Pulau Kapalai termasuk snorkeling dan menyelam scuba. Lokasinya di Coral Triangle menjadikannya tempat yang luar biasa untuk muck diving dan fotografi makro bawah air. Selain itu, terdapat juga aktiviti berkayak di laut dan lawatan ke pulau-pulau berdekatan seperti Sipadan, Mabul, Si Amil, dan Danawan.
1.4 Pulau Bohey Dulang
Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau yang menarik dan unik yang terletak di Taman Laut Tun Sakaran, Sabah. Pendakian ke puncak Bukit Bohey Dulang mengambil masa kira-kira 45 minit hingga satu jam. Penat memang penat, tetapi kepenatan anda terbayar setelah sampai ke puncaknya.
Selain mendaki, pelawat juga boleh menikmati snorkeling dan menyelam di sekitar perairan pulau yang kaya dengan kehidupan marin.
1.5 Pulau Mataking
Pulau Mataking terdiri daripada dua bahagian – Mataking Besar (pulau utama) dan Mataking Kecil (pulau kecil) yang dihubungkan oleh pantai pasir yang indah. Pulau ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan bot laju dari bandar Semporna.
Resort di Pulau Mataking menawarkan pelbagai aktiviti seperti menyelam, snorkeling, dan berkayak. Tarikan utama di sini adalah ‘Posmen Bawah Air’ di mana penyelam boleh menghantar poskad dari peti surat di dasar laut. Selain aktiviti air, pengunjung boleh menikmati spa dan rawatan kecantikan di resort.
2. Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak
Selain pulau-pulau yang indah, anda juga boleh berkunjung ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah. Ia adalah destinasi yang menarik untuk seisi keluarga, terutamanya bagi peminat sejarah dan arkeologi.
Tapak ini terletak kira-kira 600 kaki dari aras laut, menawarkan pemandangan indah ke arah laut dan pulau-pulau sekitarnya.
Untuk pengetahuan anda, tapak ini merupakan lokasi pembuatan tembikar tanah terbesar di Asia Tenggara pada zaman neolitik. Di sini, pengunjung dapat melihat serpihan tembikar berusia 3000 tahun dan mempelajari tentang kehidupan masyarakat purba yang pernah mendiami kawasan tersebut.
Tiket masuk adalah percuma.
3. Pakalangan Bay
Pakalangan Bay adalah tempat rekreasi yang sesuai untuk keluarga di Semporna. Kawasan ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, barbeku, memancing dan sebagainya.
Terdapat juga pondok-pondok kecil disediakan untuk pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan indah teluk.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati makanan tempatan yang dijual di sini atau mengambil gambar di lokasi popular untuk ‘OOTD’.
Dengan bayaran masuk yang berpatutan (RM2 untuk dewasa, percuma untuk kanak-kanak bawah 10 tahun dan OKU)**, Pakalangan Bay adalah pilihan yang baik untuk aktiviti santai bersama keluarga.
**harga tiket masuk adalah tertakluk pada perubahan.
4. Borneo Proboscis River Cruise
Borneo Proboscis River Cruise di Semporna, juga dikenali sebagai Semporna Proboscis Monkey & Firefly River Cruise, adalah pengalaman unik yang menawarkan pelancong peluang untuk meneroka keindahan alam semula jadi Borneo.
Dengan bayaran RM150** untuk pelayaran separuh hari, aktiviti ini merangkumi pelayaran sungai melalui hutan bakau yang menakjubkan, di mana pengunjung berpeluang melihat monyet belanda (proboscis monkey) dan pelbagai hidupan liar lain dalam habitat semula jadi mereka.
Sepanjang pelayaran, pemandu pelancong yang berpengalaman akan membantu mengenal pasti dan memberikan maklumat menarik tentang hidupan liar yang ditemui.
Kemuncak pengalaman ini adalah pelayaran kedua yang berlangsung selepas matahari terbenam. Pelayaran malam ini memberi peluang kepada pelancong untuk menyaksikan pemandangan menakjubkan kelip-kelip yang menerangi tebing sungai.
TIPS: Untuk pengalaman yang selesa dan selamat, pengunjung disarankan untuk membawa ubat nyamuk, pelindung matahari, kamera, botol air minuman sendiri dan kit pertolongan cemas.
Rancang Percutian Ke Semporna Bersama KLOOK!
Semporna adalah destinasi yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan semulajadi dan aktiviti menarik. Dari pulau-pulau yang indah hingga ke kehidupan marin yang mengagumkan, setiap pengunjung pasti akan mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Dengan perancangan yang betul dan pematuhan kepada peraturan keselamatan, perjalanan ke Semporna pasti akan menjadi salah satu kenangan terbaik anda.
Untuk membantu anda merancang percutian ke Semporna, anda boleh buat tempahan tempat penginapan, tiket bot, kereta sewa, airport transfer, day tours dan sebagainya, melalui laman web KLOOK di bawah.
Klook.comTIPS: Untuk merancang percutian anda dengan KLOOK;
- Lawati laman web atau aplikasi KLOOK (gunakan kotak carian di atas, tak perlu susah-susah lagi!).
- Cari aktiviti dan pakej yang ditawarkan di Semporna.
- Bandingkan harga dan baca ulasan daripada pelancong lain.
- Tempah aktiviti dan penginapan yang anda minati.
- Pastikan anda membaca terma dan syarat dengan teliti, termasuk polisi pembatalan.
Semoga artikel ini membantu anda merancang perjalanan yang sempurna ke Semporna, Sabah!