Semakan Tawaran Haji 2023 / 1444H (THiJARI) Tabung Haji

TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023. Sehubungan itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan rayuan serta syarat-syarat menunaikan haji bagi bakal jemaah tahun 2023 / 1444H.

Tarikh Semakan Tawaran Haji 2023

Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui THiJARI pada hari Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari.

semakan tawaran haji 2023 thijari

Cara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI

Semua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut.

Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Login ke Portal THiJARI di pautan https://www.thijari.com.my
  2. Pilih Menu PERKHIDMATAN HAJI
  3. Klik SEMAK TAWARAN HAJI
  4. Anda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini

*Pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Syarat Menunaikan Haji 2023 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1444H/2023 seperti tahun sebelumnya.

Walaupun Malaysia kini menuju ke fasa endemik, kerajaan Malaysia harus menghormati keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik.

Keputusan KKM dan TH mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan seperti musim haji 1443H/2022 adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan semua bakal jemaah haji Malaysia berada pada tahap kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.

Kriteria pemeriksaan kesihatan di bawah Garis Panduan ini antaranya menetapkan Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil, tiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan kesihatan bakal haji merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama TH ke atas setiap bakal haji yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.

“Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi.

Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia ,” tambah beliau.

“Semasa di tanah suci, jemaah haji juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak, elakkan daripada berhubung dengan mereka yang bergejala dan menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 kendiri sekiranya mendapati diri bergejala” tambah beliau lagi.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata saringan kesihatan yang ketat pada musim haji lalu adalah satu langkah yang berkesan apabila peratusan jemaah haji yang mendapatkan rawatan pesakit luar dan dimasukkan ke dalam wad amat rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Selaras dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan KKM, setiap bakal jemaah haji Malaysia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di klinik-klinik yang diiktiraf.

Cara Daftar Pengguna THiJARI

Jika anda masih belum berdaftar dengan portal THiJARI, sila ikuti 3 langkah berikut untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

  1. Dapatkan capaian melalui https://www.thijari.com.my (telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.
semakan haji 2023

Baca juga: Cara Daftar THiJARI & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!