Semakan Keputusan Peperiksaan & Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2024
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 8,195 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 187 pusat di seluruh negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kenyataan media KPM dan cara membuat semakan online keputusan SPMU 2024.
Apakah Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU)?
KPM memberi peluang kedua untuk mengulang kertas SPM sebagai calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.
Menurut Lembaga Peperiksaan Kebangsaan, jika anda fikir SPM telah memperoleh sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan E-level (tahap terendah) dalam mata pelajaran sejarah.
Pendaftaran
Pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka selepas pengumuman keputusan SPM.
Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya.
Cara mendaftar bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:
PENDAFTARAN ONLINE:
Pendaftaran SPMU – Pendaftaran secara online melalui portal http://sppat.moe.gov.my/.
Sila rujuk manual di bawah:
- Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat semasa waktu pejabat.
- Bayaran untuk calon adalah RM32. Calon mesti membayar JPN atas nama pengarah peperiksaan / pendidikan negeri tempat kiriman wang / pesanan pos didaftarkan.
- Selain borang pendaftaran dan pembayaran calon SPMU, dokumen yang perlu dibawa termasuk salinan sijil SPM (untuk calon berulang), salinan kad pengenalan / pasport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / sijil doktor (jika berkenaan), pos Sampul surat sampul surat dan 4 setem.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785 atau rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:
https://www.moe.gov.my/en/orang-awam/spm-ulangan-spmu-dan-spm-calon-persendirian
Cara Semakan Keputusan SPMU 2024 (myresultspmu.moe.gov.my)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian mulai pukul 10.00 pagi pada Selasa, 1 Oktober 2024.
Berikut adalah 3 cara untuk membuat semakan keputusan / slip peperiksaan calon:
I) SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE
Semakan keputusan SPMU boleh dibuat melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.
II) SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI SMS
Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
*Sistem ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 1 Oktober 2024.
Rujuk panduan semakan di bawah:
Untuk maklumat lanjut, talian Jabatan Pendidikan Negeri boleh dihubungi melalui nombor berikut:
Semakan Semula Keputusan SPMU
Penyemakan semula keputusan dan Kes T Peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia Ulangan (SMPU) 2024 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
Sila rujuk notis dan cara semakan dalam lampiran di bawah:
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web e-Lembaga Peperiksaan (https://elp.moe.gov.my)
Perkhidmatan Patching Sijil SPM
Bagi anda yang telah menduduki semula peperiksaan SPM dan ingin menggabungkan keputusan terbaik dalam satu sijil, anda boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Rujuk caranya di sini: Perkhidmatan Patching Sijil SPM – Lembaga Peperiksaan Malaysia
Baca juga: