Semakan Info Banjir Terkini & Amaran Di Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SEMAKAN INFO BANJIR TERKINI & KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA

Asia Tenggara dijangka mengalami hujan lebih lebat berbanding biasa dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ia berpotensi menjejaskan sektor pertanian, pelancongan dan pengeluaran industri di rantau ini yang sudah pun terkesan akibat beberapa siri ribut tahun ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Pusat Meteorologi Khas ASEAN.

Ahli meteorologi meramalkan keadaan lebih lembap di kawasan Filipina hingga Vietnam sehingga November, terutamanya disebabkan oleh fenomena La Niña, yang membawa lebih banyak hujan ke rantau itu.

Dalam musim bencana ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) adalah 3 sumber utama yang penting untuk anda semak setiap hari bagi mengetahui sebarang update atau amaran peringkat bahaya berkaitan banjir, tanah runtuh, jalan tutup dan sebagainya.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan merujuk kepada info melalui 3 laman web berikut bagi memastikan perjalanan anda lancar.

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan info cuaca, amaran banjir, serta notis penutupan jalan yang terkini.

TERKINI : Makluman Peningkatan Paras Air Tahap Bahaya 15 Oktober 2024

Di Kedah, peningkatan paras air melebihi tahap bahaya berlaku di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Situasi sama turut dicatatkan di dua kawasan di Perak, iaitu di Sungai Bidor, Changkat Jong, Hilir Perak dan Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak.

Di Sarawak, paras air melebihi tahap bahaya dicatatkan di Marudi, Miri dan Sungai Dausan, Mukah.

Sementara itu, 10 sungai mencatatkan paras air tahap amaran, membabitkan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap; Sungai Slim di Slim River, Mualim; Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab (F1), Temerloh dan Sungai Triang di Jambatan Keterapi (F1) Bera dan di Triang.

Di Sarawak, lima sungai di tahap amaran adalah di Punan Bah B, Kapit; Benawa, Miri; Daro, Mukah dan Stapang B serta Nanga Lemai B, Sibu.

Tengah hari tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang ini.

Baca juga:

Cara Semakan Info Banjir Terkini, Kawasan Terjejas & Jalan Yang Ditutup

Adakah anda bercadang nak ke mana-mana hari ini?

Ini cara semakan update banjir terkini untuk makluman bersama.

1. Semakan Info Banjir di Portal JPS

info banjir terkini
info banjir terkini

Mari lihat 5 ciri penting pada aplikasi MyPublic Infobanjir yang sangat membantu para pengguna dalam mendapatkan maklumat terperinci berkenaan amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan.

  1. Data banjir untuk 1500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak
  2. Peta Kawasan
  3. Notifikasi
  4. SOS
  5. Lokasi Pilihan Ramalan Banjir POI

Untuk semakan risiko dinaiki air melalui laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) bawah ini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/

public infobanjir

Sebarang amaran terkini akan dinyatakan mengikut negeri seperti dalam senarai di bawah.

semakan info banjir

2. Semakan Laluan Lebuh Raya

Bagi anda yang ingin memulakan perjalanan jauh, semak dahulu lokasi perjalanan sama ada ia masih terkesan dengan banjir atau tidak.

Untuk mendapatkan maklumat, sila rujuk CCTV di lebuh raya melalui pautan https://www.llm.gov.my/awam/cctv

info banjir terkini

FB Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) : https://www.facebook.com/LembagaLebuhrayaMalaysia
Channel LLM Info Trafik : https://whatsapp.com/channel/0029VagWLolLCoWtd0Md6o2P

3. Info Cuaca / Amaran Terkini MetMalaysia

Untuk mengetahui info cuaca terkini serta amaran berkaitan hujan atau ribut, sila layari Portal Jabatan Metereologi Malaysia melalui Facebook rasmi Malaysian Meteorological Department atau laman web rasmi Met Malaysia pautan berikut: https://www.met.gov.my/

Pelbagai info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jangan lupa ikuti juga YouTube Rasmi MET Malaysia: https://www.youtube.com/channel/UCOpFAhWo2RQBlZAH_kkHYDQ

Anda akan mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman web ini.

Untuk info terkini melalui media sosial, anda juga boleh follow Twitter rasmi MetMalaysia di @metmalaysia

Untuk maklumat lanjut tentang bencana alam atau banjir, orang awam juga melayari Portal Bencana NADMA melalui pautan ini https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

Semoga kita terus berwaspada, mematuhi SOP dan doakan keselamatan rakyat Malaysia agar semuanya baik-baik sahaja.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut