Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan berada dalam tahun baru iaitu tahun 2025 – Selamat Tahun Baru!
Apakah azam anda telah terlaksana pada tahun 2024?
Apa pun jawapannya, yang penting kita kekal positif dan bersemangat untuk tahun-tahun yang mendatang.
Berikut dikongsikan contoh ucapan yang boleh dikongsikan dengan rakan-rakan dan mungkin juga boleh menjadi pembakar semangat untuk diri sendiri dalam mengharungi tahun 2025 ini.
Contoh Ucapan Tahun Baru 2025
- Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam tahun 2025.
- Semoga segala aturan yang dirancang beroleh kejayaan serta keberkatan dari-Nya.
- Hidup ini terlalu singkat untuk bimbangkan tentang apa yang dikatakan dan difikirkan orang lain tentang diri kita. Ayuh, jalan terus!
- Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.
- Salam 2025! Apa azam tahun ini? Beranilah bermimpi, tapi yang lebih penting, berani melakukan tindakan di balik impianmu.
- Selamat Tahun Baru 2025 – Semoga Allah kurniakan kita rezeki yang tidak disangka-sangka dan kegembiraan yang tidak pernah kita duga.
- Salam 2025… Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan!
- Bismillah… Walau 2024 penuh rintangan dan keperitan, teruskan perjuangan kita demi mencari redha Allah. Semoga 2025 memberi sinar pelangi dan cahaya bahagia.
- Salam Tahun Baru kepada semua, ayuh bersemangat untuk tahun 2025! “Jangan bersedih. Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran.” [HR. Ahmad)
- Semoga Tahun 2025 membawa seribu makna kepada kita… Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]
- Jika kamu belajar dari kegagalan, maka kamu tidak akan pernah gagal. Salam 2025, semoga kita kekal positif dan terus bersemangat mencapai matlamat.
- Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke tahun 2025. Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah!
Poster Tahun Baru 2025
Renungan / Pesanan Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu
Berikut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang menarik untuk kita renungi bersama-sama sempena tahun baru:
24 CARA UNTUK BINA HIDUP YANG KITA IMPIKAN DI TAHUN 2025:
- Mula dengan luangkan masa dengan orang yang tepat.
- Mula berlaku jujur dengan diri sendiri terhadap semua perkara.
- Mula jadikan kebahagiaan kamu sebagai keutamaan hidup.
- Mula belajar untuk berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah.
- Mula rapat dengan orang yang membuat kesihatan mental dan fizikal kamu lebih mantap dari tahun ini.
- Mula jadi diri sendiri. Jangan ikut trend atau ikut budaya orang lain yang negatif.
- Mula belajar untuk lebih peka dan hidup dalam momen sekarang. Bukan momen yang lepas.
- Mula berfikir dengan baik dan jangan overthinking benda yang belum berlaku.
- Mula hargai semua pengalaman buruk dalam hidup kamu. Ambil hikmah dan pelajaran daripadanya.
- Mula berlaku adil dan baik terhadap diri sendiri.
- Mula nikmati apa yang kamu ada. Bukan bersedih akan hal yang kamu tiada.
- Mula bina kebahagiaanmu sendiri.
- Mula memberi idea dan laksanakan apa yang kamu impikan. Jangan idea tinggal idea semata-mata.
- Mula yakin bahawa kamu sudah berada di level yang lebih tinggi.
- Mula luaskan circle yang berkualiti. Cari mereka yang fikir tentang Allah dan Rasul-Nya, perjuangan dan masa hadapan.
- Mula beri peluang untuk orang yang kamu baru temui. Bagi manfaat tanpa mengharapkan apa juga balasan.
- Mula bersaing dengan diri sendiri. Persaingan sebenar adalah antara diri kamu hari ini dan diri kamu semalam. Bukan orang lain.
- Mula mencari hikmah atas apa juga perkara yang terjadi dalam hidup. Bukan menyalahkan takdir.
- Mula memaafkan diri sendiri dan orang lain.
- Mula membantu orang di sekeliling kamu.
- Mula mendengar dengan hati dan tapis dengan akal fikiran. Jangan terlalu kasihan dan bersimpati sehingga orang boleh memanipulasi kamu.
- Mula untuk pantau stress level kamu. Ambil masa berehat dari segi minda dan emosional. Rawat dengan solat taubat dan tahajud.
- Mula lihat kecantikan dalam tiap-tiap perkara kecil.
- Mula menerima bahawa kita sedang menuju kesempurnaan. Maka, apa juga yang dilihat tidak sempurna itu adalah langkah-langkah kecil menuju kesempurnaan mutlak.
Semoga 24 cara ini akan memberikan sinar baharu untuk kita di Tahun 2025 nanti. Satu tahun yang penuh manfaat dan pastinya banyak pintu pintu rezeki terbuka untuk kita semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Mulakan dengan Bismillah.
BACA JUGA:
- 30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)
- 70 Teka-Teki Lawak & Jawapan – Mesti Terhibur!
Dapatkan Kalendar Islam 2025 (1446H – 1447H) / Islamic Wall Calendar 2025 serendah RM0.80 di SINI.