SIRAJ: Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2025

sekolah SIRAJ
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2025/2026 BAGI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Permohonan dibuka bermula 1 – 14 September 2024 secara atas talian (online).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIRAJ.

Apakah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)?

Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ adalah sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.

SIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang.

Ini memberi kemudahan kepada ibu bapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.

Kurikulum Pembelajaran

Kurikulum pembelajaran dalam sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KPM
  • Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAWI
  • Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM

Lokasi Sekolah SIRAJ

Lokasi sekolah ini di Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

Nama SekolahAlamat
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin AffanBandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur 
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al AlusiKg. Datuk Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al GhifariJalan Niah 1, Taman Beringin, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur 
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu AbbasLot 480353, Jalan Kg Pasir, Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur 
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Mas’ud (AIM) Presint 11, PutrajayaLot Pt 4575 9, Prensint 11, 62300 Putrajaya 

Waktu Persekolahan

Waktu persekolahan adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur & Putrajaya
Isnin -Khamis (7:30 pagi – 4:30 petang)
Jumaat (7:30 pagi – 12:00 tengah hari)

Labuan
Isnin -Khamis (7:30 pagi – 4:30 petang)
Jumaat (7:00 pagi – 11:30 pagi)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019
  3. Telah berdaftar di Sekolah Kebangsaan KPM

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKtZKS76ttoEfDMpTE_aBc-nDEteiN6tQy-RHFQH-M-O_7ag/closedform

Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dalam tempoh permohonan dibuka.

Baca juga:  UPKK 2024 -Jadual, Tarikh Peperiksaan & Format Terkini

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke SIRAJ JAWI, sila rujuk laman web JAWI iaitu https://www.jawi.gov.my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut