Sarawak ID membolehkan anda untuk akses servis digital dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berserta dengan servis-servis lain yang menyokong Sarawak ID.
Mulai 1 Januari 2025 juga, anda boleh semak kelayakan bantuan Kerajaan Negeri Sarawak iaitu SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melalui SarawakID.
Jadi, sudahkah anda mendaftar?
Di sini kami kongsikan cara mendaftar, login dan manfaatkan perkhidmatan ini bersama.
Apakah SarawakID?
SarawakID memudahkan transaksi perkhidmatan atas talian di mana anda hanya perlu daftar masuk sekali saja untuk mencapai semua perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, contohnya e-Recruitment permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan, memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) dan eMunakahat Sarawak.
Sarawak ID membolehkan anda untuk akses servis digital dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berserta dengan servis-servis lain yang menyokong Sarawak ID.
Sistem ini juga digunakan untuk mengakses bantuan Kerajaan Negeri Sarawak, iaitu Sumbangan Asas Keperluan Sarawak (SKAS).
Sebelum mendaftar, sila pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah, dan anda mengingati kata laluan emel tersebut.
Ini adalah sangat penting kerana ia akan digunakan dalam proses seperti reset kata laluan, pemberitahuan maklumat penting, dan lain-lain.
Cara Daftar Sarawak ID
Jika anda masih belum mempunyai SarawakID, sila rujuk langkah membuat pendaftaran berikut:
- Layari https://sarawak.gov.my dan klik pautan Daftar.
- Pilih Jenis Pengenalan.
- Lengkapkan Profil anda dan klik Teruskan.
- Lengkapkan Butiran Akaun dan klik Teruskan.
- Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar.
- Masukkan OTP dan Klik Hantar.
- Sistem papar mesej Verified. Klik Teruskan.
- Pendaftaran berjaya. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda.
Cara Mengaktifkan Sarawak ID
Sila pergi ke Hantar Semula Pautan Pengaktifan di halaman log masuk Sarawak ID, dan ikuti langkah-langkah yang tersedia untuk menghantar semula pautan pengaktifan ke emel anda.
Jika anda masih mengalami masalah, anda boleh mendaftar semula akaun baru.
Jika anda masih tidak menerima pautan pengaktifan setelah membuat semua langkah-langkah di atas, sila teruskan untuk melapor masalah ini kepada SAINS Contact Centre.
Terlupa Kata Laluan
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, sila pergi ke halaman log masuk Sarawak ID di sini dan klik “Terlupa Kata Laluan“.
Selepas itu, anda perlu memasukkan nombor Mykad untuk pengguna Mykad, ataupun nombor pasport bagi bukan pengguna Mykad dan emel yang berkaitan dengan akaun anda. Sistem akan menghantar satu emel pengesahan kepada emel tersebut.
Seterusnya, anda perlu klik pautan pengesahan yang diberi dan anda boleh reset kata laluan anda.
Bagi yang terlupa SarawakID, sila ikuti langkah dalam infografik berikut:
- Layari https://sarawak.gov.my dan klik pautan Log Masuk
- Klik pautan SarawakID
- Sila pilih jenis akaun
- Masukkan nombor pengenalan dan pilih kaedah pengesahan
- Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar
- Masukkan OTP dan Klik Hantar
- SarawakID anda akan dipaparkan. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda
Sekiranya anda terlupa emel berdaftar atau pasport berdaftar anda, sila hubungi SAINS Contact Centre
Baca juga:
Kemaskini No Telefon & Emel Sarawak ID Melalui Kiosk Service Sarawak
KIOSK Service Sarawak merupakan satu kemudahan untuk memudahkan pengguna SarawakID, untuk mengemaskini sendiri maklumat telefon dan emel SarawakID.
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bantuan kewangan khusus untuk anak Sarawak, yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet). Untuk log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL, pendaftaran dan akaun SarawakID adalah diperlukan.
Maklumat Lanjut
Panduan untuk S PAY GLOBAL
- Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID
- Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ]
Panduan untuk SKAS
- Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
- Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
- Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik ].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected].