Samsung Galaxy S23 Ultra – Spesifikasi dan Harga

Terdapat ura-ura Samsung Galaxy S23 Ultra bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Sudah tentu, Samsung Galaxy S23 Ultra ini merupakan edisi terbaru Samsung Galaxy S22 yang dikeluarkan tidak lama dahulu.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Samsung sendiri, terdapat beberapa maklumat mengenai telefon pintar ni telah tersebar daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Tarikh pelancaran

Samsung secara tidak sengaja mengesahkan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S23 Ultra ialah 1 Februari 2023.

Laman web Samsung Columbiaa telah menerbitkan secara ringkas tarikh Galaxy Unpacked yang akan datang bersama-sama dengan slogan “Se acercan momentos épicos en”, iaitu bahasa Sepanyol untuk “Momen epik akan datang ”.

Selain itu, turut dipaparkan adalah tiga kamera individu dalam formasi lampu isyarat yang kelihatan seperti paparan S23.

Harga

Kos bagi Samsung Galaxy 23 Ultra ini dijangkakan akan menelan kos sekurang-kurangnya sekitar $1,200, seperti S22 Ultra semasa.

Harga ura-ura ini tidak jauhh daripada saingan terdekatnya, iPhone 14 Pro Max, murah sedikit pada $1,100.

Ada kemungkinan bahawa Samsung belum memutuskan berapa banyak yang perlu dicaj, walaupun dengan tarikh keluaran yang dikhabarkan semakin hampir.

Kini satu khabar angin bahawa keseluruhan siri S23, termasuk S23 Ultra akan menyaksika sedikit kenaikan harga tahun ini.

Seorang individu medakwa melalui tweet, memetik SKTelecom sebagai sumber, bahawa Galaxy S23 Ultra akan bermula pada 1,599,400 won ($1,253).

Ini adalah sekitar $54 lebih daripada harga permulaan S22 Ultra tahun lepas dan kira-kira peningkatan 5% harga

Artikel berkaitan: Remote Hilang? Ini Cara Guna Smartphone sebagai Remote TV / Serbaguna

Spesifikasi

Jika Galaxy S23 Ultra berubah sedikit seperti yang dikatakan khabar angin, maka kita mungkin akan melihat reka bentuk yang hampir sama dengan Galaxy S22 Ultra dengan sudut segi empat sama, paparan melengkung dan kamera yang dibenamkan secara individu di bahagian belakang.

Ini juga bermakna satu lagi S Pen terbenam untuk keperluan coretan anda, salah satu ciri paling unik S22 Ultra.

Namun itu bukan bermakna tiada perubahan yang mungkin berlaku.

Terdapat ura-ura bahawwa Samsung Galaxy 23 Ultra mungkin lebih panjang dan lebar sedikit daripada S22 Ultra.

Paparan dan sisi juga mungkin lebih rata, yang mungkin menggembirakan pengguna yang tidak suka mengetik atau menulis pada skrin melengkung.

Samsung baru sahaja mengumumkan paparan Ultra Dynamic Range (UDR) yang mampu mencapai 2,000 nits kecerahan maksima tetapi tidak jelas sama ada panel itu akan digunaka pada siri Galaxy S23.

Bantu kami share artikel ini: