Saman Road Tax Mati : Kadar Denda & Cara Pembayaran Saman

saman road tax mati
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Siapa di antara kita, yang pernah kena saman disebabkan road tax atau cukai jalan telah mati atau tamat tempoh, tapi tak tahu nak buat apa??

Haa, kalau anda pernah atau sedang berada di situasi tersebut, pastikan anda teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Kerana, pada artikel kali ini akan kami terangkan semua berkenaan saman jenis ini dan apa yang boleh anda lakukan.

Apa itu Saman Road Tax Mati?

Road Tax atau cukai jalan merupakan cukai yang dikenakan kepada pemilik kenderaan bermotor sebelum ia boleh digunakan secara sah di atas jalan raya di sesebuah negara.

Kadar cukai bagi setiap kenderaan bermotor adalah berbeza mengikut jenis dan kapasiti enjin sesebuah kenderaan tersebut. Lagi mahal enjin kenderaan anda, lagi tinggi cukai yang dikenakan.

Saman road tax mati pula merupakan sejenis saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada pemilik kenderaan yang didapati bersalah menggunakan kenderaan yang road tax mereka telah mati atau tamat tempoh.

Di Malaysia, saman cukai jalan biasanya dikeluarkan oleh beberapa agensi penguatkuasa undang-undang yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia undang-undang jalan raya dan pengangkutan. Agensi-agensi ini termasuk:

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
    • JPJ adalah agensi utama yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang berkaitan pendaftaran, pelesenan, dan cukai jalan.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
    • PDRM juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman berkaitan kesalahan lalu lintas.
  • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Dalam beberapa kes, pihak berkuasa tempatan juga mungkin terlibat dalam penguatkuasaan peraturan lalu lintas di kawasan-kawasan tertentu dan boleh mengeluarkan saman berkaitan cukai jalan.

Kadar denda yang perlu dibayar bagi satu saman cukai jalan mati ini adalah sebanyak RM300.00.

Cara Bayar Saman Road Tax Mati

Untuk pengetahuan anda, saman yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab ini terdapat dua jenis iaitu saman boleh kompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

Bagi saman boleh kompaun, anda boleh melakukan pembayaran secara atas talian melalui aplikasi MySIKAP atau secara fizikal di Kaunter JPJ berdekatan anda, dalam tempoh yang ditetapkan.

Manakala, bagi saman yang tidak boleh dikompaun anda harus menyelesaikan saman di Mahkamah seperti yang telah ditetapkan dalam notis saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Cara Perbaharui Cukai Jalan

Setelah membayar saman road tax mati, perkara pertama yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan daripada di saman lagi adalah dengan memperbaharui cukai jalan tersebut.

Pembaharuan cukai jalan ini boleh anda lakukan sama ada secara fizikal atau pun secara atas talian seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Secara Fizikal di:
    • Kaunter JPJ
    • JPJ Mobile
    • Kios JPJ
  • Secara Atas Talian (Online) di:
saman road tax mati

Untuk maklumat terperinci berkenaan cara memperbaharui cukai jalan ini, boleh baca di SINI:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut