S Pay Global SKAS: Cara Tebus & Buat Bayaran Di Kedai

s pay global skas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), penyaluran dibuat melalui aplikasi S Pay Global untuk mendapatkan SKAS ini.

Menerusi aplikasi ini, penerima boleh membeli barangan keperluan atau menggunakan perkhidmatan yang lain menerusi penebusan di aplikasi ini.

Mengenai S Pay Global

S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) merupakan platform aplikasi mudah alih daripada Fintech Kerajaan Sarawak yang menyediakan fungsi e-dompet yang mudah dan terjamin.

Pengguna boleh membuat pembayaran digital untuk bil dan pembelian kepada peniaga yang mengambil bahagian.

Pengguna juga boleh menambah nilai e-dompet melalui perbankan internet dan kad kredit serta menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai.

Perkhidmatan S Pay Global

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:

  • Mengimbas dan membayar menggunakan kod QR.
  • Membahagikan bil antara pengguna.
  • Melakukan pemindahan dana.
  • Menikmati baucar diskaun ganjaran kesetiaan.
  • Membeli dan memperbaharui insurans, membayar pinjaman belajar, memesan makanan, membuat derma, membayar tempat letak kereta.
  • Membuat penebusan SKAS.

Apa Itu SKAS?

SKAS merupakan program bantuan kewangan yang disediakan kepada kumpulan rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah melalui baucar digital.

Lebih 880,000 rakyat Sarawak layak menerima bantuan di bawah inisiatif SKAS yang disalurkan melalui aplikasi ini.

Penyaluran pembayaran dibuat mulai 18 Februari 2025 kepada mereka yang layak dan mereka boleh membuat penebusan melalui aplikasi S Pay Global ini.

Nilai bantuan adalah antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori penerima seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima RM800.
  • Kategori Bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250.
  • Kategori Warga Emas berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima RM400.

Cara Tebus SKAS

Untuk membuat penebusan SKAS menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Install dan daftar akaun.
  2. Layari laman web SKAS https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Klik butang ‘Sarawak ID Log Masuk.’
  5. Kemudian, klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  6. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Search.’
  7. Jika pengguna layak menerima SKAS, klik butang ‘Proceed Update.’
  8. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
  9. Kemudian, buka aplikasi S Pay Global dan klik jata Sarawak di atas belah kanan.
  10. Pengguna kemudian boleh menyemak status sumbangan tersebut.

Cara Membuat Pembayaran

Penerima SKAS yang ingin membuat pembayaran menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi tersebut.
  2. Klik bahagian ‘Scan dan Pay.’
  3. Apabila kamera telah dibuka, imbas kod QR pada premis perniagaan tersebut. Jika kod QR disimpan di dalam telefon, klik ‘Load on Code.’
  4. Isi jumlah pembayaran dan klik butang ‘Confirm.’
  5. Semak perincian pembayaran dan klik ‘Confirm.’
  6. Masukkan security pin.
  7. Pembayaran berjaya.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai S Pay Global SKAS, sila layari laman web https://spayglobal.my/.

Baca juga: S Pay Global – Semakan Bantuan SKAS, Laporkan Masalah Online

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut