Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan / Rumah Tamu 2024

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan antara manfaat yang disediakan buat semua penjawat awam.

Malangnya, tidak ramai yang tahu akan manfaat ini dan ada juga yang tidak pernah menikmatinya sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan sehinggalah mereka bersara.

Secara umumnya, Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada 3:

  1. RPP Eksekutif (RPPE)
  2. RPP Premier (RPPP)
  3. Rumah Tamu (RT)

RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Setiap pemohon layak untuk menginap di RPPnamunterhad kepada tiga (3) kali setahun kecuali bagi RT.

RT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempahan RPP ini.

Rumah Peranginan Persekutuan

HEBAHAN : TEMPAHAN PENGINAPAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT), BPH BAGI TEMPOH 3 JANUARI 2024 HINGGA 31 MAC 2024

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri mempelawa semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan para pesara Kerajaan untuk membuat tempahan menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi tempoh 3 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024.

Tempahan akan dibuka mulai 26 Disember 2023 (Selasa), jam 12 tengah hari melalui laman sesawang RPP di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/.

Semua tempahan adalah dibuat secara atas talian dan maklumat lanjut RPP boleh diperolehi dalam laman web BPH seperti terkandung dalam pautan tersebut. Juga tuan/puan boleh imbas QR Code yang disediakan dalam poster yang dilampirkan.

Berita baik juga adalah tempahan RPP Premier Singapura akan dibuka pada 19 Disember 2023 dan nikmatilah kemudahan dan fasiliti yang disediakan, Rancanglah perjalanan anda ke Kota Singa tersebut dengan selamat dan lancar.

BPH mengharapkan semua pelanggan dapat menikmati kemudahan yang disediakan di RPP dan RT dengan kadar bayaran yang amat berpatutan berbanding dengan penginapan komersial yang lain.

Dalam masa yang sama, BPH sentiasa berusaha untuk memastikan kondisi penginapan dan fasiliti di RPP dan RT yang terbaik, selesa dan cantik untuk semua.

Selamat bercuti dan alamilah keindahan dan keistimewaan di RPP dan RT, BPH.

Artikel berkaitan: PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam

RPP Eksekutif

Kelayakan: Gred 48 dan ke atas

Kadar sewa: RM50 – RM350

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif adalah seperti berikut

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Lokasi RPPE:

  1. RPP Cameron Highlands
  2. RPP Bukit Fraser (RPP BF)
  3. RPP Pulau Pinang
  4. RPP Morib
  5. RPP Tasik Kenyir
  6. RPP Port Dickson
  7. RPP Pulau Langkawi
  8. RPP Pulau Pangkor

Contoh gambar RPP Pangkor hasil perkongsian di Facebook oleh Norhafizhah Bte Hamzah :

Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph
Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph
Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph

Gambar Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands hasil perkongsian di Facebook oleh Amira Zarita:

RPP Premier

Kelayakan: Gred 48 dan ke atas

Kadar sewa: RM100 – RM800

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Premier adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Lokasi RPP:

  1. RPP Tanjung Tuan
  2. RPP Banglo Port Dickson
  3. RPP Bukit Fraser (The Lodge)
  4. RPP Cameron Highland
  5. RPP Labuan
  6. RPP Singapura
  7. RPP London
Rumah Peranginan Persekutuan

Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini bawah kawal seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pihak Pengurusan BPH berkuasa meluluskan permohonan penginapan di RPP/RT kecuali permohonan menginap di United Kingdom.

Kuasa meluluskan permohonan menginap di United Kingdom terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH di alamat di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!