Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025

rumah peranginan persekutuan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan antara manfaat yang disediakan buat semua penjawat awam.

Malangnya, tidak ramai yang tahu akan manfaat ini dan ada juga yang tidak pernah menikmatinya sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan sehinggalah mereka bersara.

Secara umumnya, Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada 3:

  1. RPP Eksekutif (RPPE)
  2. RPP Premier (RPPP)
  3. Rumah Tamu (RT)

RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Setiap pemohon layak untuk menginap di RPPnamunterhad kepada tiga (3) kali setahun kecuali bagi RT.

RT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempahan RPP ini.

Rumah Peranginan Persekutuan

HEBAHAN : TEMPAHAN PENGINAPAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT), BPH

𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓

Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM), akan membuka sistem 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 (𝐑𝐏𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐔 (𝐑𝐓) bagi tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 September 2025 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚), 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐦 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢.
JANGAN LUPA !!!

BAGI YANG BELUM DAFTAR DAN TIDAK MEMPUNYAI ID, SILA BUAT PENDAFTARAN SEKARANG DENGAN MELAYARI LAMAN WEB RASMI DI PAUTAN,
https://sbbph.bph.gov.my/sbbphv2/c/?rndId=1742785346822

Sumber : Bahagian Pengurusan Hartanah

rumah peranginan persekutuan

BPH mengharapkan semua pelanggan dapat menikmati kemudahan yang disediakan di RPP dan RT dengan kadar bayaran yang amat berpatutan berbanding dengan penginapan komersial yang lain.

Dalam masa yang sama, BPH sentiasa berusaha untuk memastikan kondisi penginapan dan fasiliti di RPP dan RT yang terbaik, selesa dan cantik untuk semua.

Selamat bercuti dan alamilah keindahan dan keistimewaan di RPP dan RT, BPH.

Artikel berkaitan: PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam

RPP Eksekutif

Kelayakan: Gred 48 dan ke atas

Kadar sewa: RM50 – RM350

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif adalah seperti berikut

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Lokasi RPPE:

  1. RPP Cameron Highlands
  2. RPP Bukit Fraser (RPP BF)
  3. RPP Pulau Pinang
  4. RPP Morib
  5. RPP Tasik Kenyir
  6. RPP Port Dickson
  7. RPP Pulau Langkawi
  8. RPP Pulau Pangkor

Contoh gambar RPP Pangkor hasil perkongsian di Facebook oleh Norhafizhah Bte Hamzah :

Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph
Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph
Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph

Gambar Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands hasil perkongsian di Facebook oleh Amira Zarita:

RPP Premier

Kelayakan: Gred 48 dan ke atas

Kadar sewa: RM100 – RM800

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Premier adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Lokasi RPP:

  1. RPP Tanjung Tuan
  2. RPP Banglo Port Dickson
  3. RPP Bukit Fraser (The Lodge)
  4. RPP Cameron Highland
  5. RPP Labuan
  6. RPP Singapura
  7. RPP London
Rumah Peranginan Persekutuan

Maklumat Lanjut & Tempahan

Kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini bawah kawal seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pihak Pengurusan BPH berkuasa meluluskan permohonan penginapan di RPP/RT kecuali permohonan menginap di United Kingdom.

Kuasa meluluskan permohonan menginap di United Kingdom terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH di alamat di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut