Kini dibuka: PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN 2022
Pada masa ini, rintihan masyarakat yang utama adalah kesukaran untuk memiliki rumah kerana peningkatan harga yang ketara.
Salah satu penyelesaian yang wajar adalah dengan mewujudkan perumahan mampu milik dalam setiap kawasan pembangunan perumahan.
Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu
- komponen pembangunan dan harga perumahan,
- komposisi pembangunan perumahan,
- keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan
- kuota bumiputera.
Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan
Terkini, Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 Type A dibuka untuk permohonan.
Permohonan dibuka kepada semua khususnya yang menetap di Negeri Sembilan dan memenuhi syarat-syarat seperti bawah.
Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 : Syarat & Borang Online
Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A , Rumah Laman Sendayan Presint 3 (Kediaman Suria), Daerah Seremban kini dibuka.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan
- Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Permohonan boleh dilakukan melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnP_xH0tmIluhYBEUT_fsBUUtSsFzhZvQWjKl1FqkoI8nmeQ/viewform atau melalui imbasan QR Code yang disediakan.
Pemohon yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat permohonan dalam pautan yang disediakan.
Tarikh buka permohonan adalah pada 26 Jun 2022 (Selasa) dan permohonan akan ditutup pada 11 Julai 2022 (Isnin).
Sila rujuk info lanjut dan Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A , Rumah Laman Sendayan Presint 3 (Kediaman Suria), Daerah Seremban di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook Bahagian Perumahan Negeri Sembilan di pautan berikut: