RTM Live: Tonton Secara Percuma Program dan Siaran Menarik

Seiring dengan kemajuan teknologi, anda kini juga boleh menonton siaran Radio Televisyen Malaysia atau RTM secara Live melalui komputer atau peranti mudah alih anda.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Jabatan Penyiaran Malaysia atau Jabatan Penyiaran Malaysia ialah penyiar awam kebangsaan Malaysia yang mempunyai ibu pejabat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

RTM mengendalikan 6 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri dan 12 saluran radio daerah serta enam saluran televisyen.

Pada 1 April 2024, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-78.

Artikkel berkaitan: TV9 Live: Tonton Secara Percuma Program dan Siaran Menarik

Sejarah dan latarbelakang RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan.

Pada 28 Disember 1963. barulah siaran televisyen diperkenalkan, menjadikannya penyiar pertama dan tertua di negara ini. 

Berikut merupakan beberapa fakta menarik menenai RTM:

  • TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia.
  • TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 7 Mei 1979 di Semenanjung Malaysia.
  • TV1 dan TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.
  • TV1 dan TV2 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.
  • Tiga saluran TV baru majlis pelancaran secara rasmi semasa era penyiaran televisyen digital RTM: TV Okey pada 21 Mac 2018, RTM HD Sports (sekarang Sukan RTM) pada 13 Julai 2018 dan Berita RTM pada 25 Jun 2020.

RTM terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini boleh ditonton secara Live di pelbagai platform dalam talian.

Tonton RTM Live

rtm klik live

Untuk menonton siaran RTM secara Live atau siaran langsung, terdapat beberapa alternatif.

  1. Laman web RTMKlik – https://rtmklik.rtm.gov.my/
  2. MYTV – https://www.mana2.my/
  3. Aplikasi mudah alih RTMKlik. Klik pautan dibawah untuk muat turun aplikasi RTMKlik:
  4. Laman web Unifi di pautan https://playtv.unifi.com.my/EPG/WEBTV/index.html#/channels
Bantu kami share artikel ini: