Ramadhan Mubarak: Maksud & Contoh Ucapan BM & BI

ramadhan mubarak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selain Ramadhan Kareem, salah satu ucapan yang sering diungkapkan ketika bulan Ramadhan tiba adalah Ramadhan Mubarak.

Ini bagi mendoakan keluarga atau sahabat yang sedang berpuasa agar puasa mereka dilimpahi keberkatan oleh Allah SWT.

Maksud Ramadhan Mubarak

Mubarak secara istilahnya bermaksud sebuah berkatan.

Maka, Ramadhan Mubarak ialah “Ramadhan yang diberkati” atau “Ramadhan yang berbahagia”.

Dapat erti kata yang lain, mereka yang mengucapkan ucapan ini berdoa agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Hukum Memberikan Ucapan Sempena Ramadhan

Ucapan-ucapan sempena kedatangan bulan Ramadhan merupakan adat dan budaya masyarakat bagi menggalakan dan untuk memperbanyakkan amalan ibadat di dalam bulan tersebut.

Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa amalan ini menjadi budaya yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat, serta turut menjadi pengamalan para salafussoleh.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitaan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)” Riwayat Al-Nasaie (2106).

Contoh Ucapan Ramadhan Mubarak Bahasa Melayu

1.“Ramadan Mubarak! Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua.”

2. “Ramadan Mubarak! Semoga Allah menerima semua amal ibadah kita dan mengampuni segala dosa-dosa kita.”

3. “Ramadan Mubarak untuk kamu dan keluarga! Semoga bulan suci ini membawa kedamaian, kesihatan, dan kebahagiaan.”

4. “Ramadan Mubarak! Mari kita manfaatkan bulan suci ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.”

5. “Ramadan Mubarak! Semoga setiap doa yang kita dimakbulkan dan setiap amal kebaikan kita diterima oleh Allah.”

6. “Ramadhan Mubarak! Semoga kita diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.”

7. “Ramadhan Mubarak! Jadikan bulan suci ini sebagai waktu untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadah.”

8. “Selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.”

9. “Selamat menunaikan ibadah puasa serta perkuatkanlah iman dan taqwa kita. Ramadhan Mubarak!”

10. “Semoga puasa kita dapat dilipatgandakan pahalanya. Ramadhan Mubarak!”

Contoh Ucapan Ramadhan Mubarak Bahasa Inggeris

1.“May this Ramadan be full of celebrations for you and your loved ones. May you enjoy these beautiful days with your special ones. Ramadhan Mubarak to you.”

2. “May this Ramadan bring you peace, prosperity, and spiritual fulfilment. Ramadhan Mubarak!”

3. “Wishing you and your loved ones a blessed Ramadan filled with joy, harmony, and countless blessings. Ramadan Mubarak!”

      4. “As we fast and pray during Ramadan, let us remember the less fortunate and strive to spread kindness and compassion. Ramadan Mubarak!”

      5. “As we embark on this journey of fasting and reflection, may Allah shower His blessings upon you and your family. Ramadan Mubarak!”

      6. “Ramadan is not just about abstaining from food; it’s about purifying the soul and nourishing the spirit. May this Ramadan bring you closer to Allah. Ramadhan Mubarak!”

      7. May Allah accept your prayers as you welcome this month of fasting with enthusiasm. Ramadan Mubarak!

      8. “Ramadan Mubarak everyone. May Allah accept all your prayers.”

      9. “Peace, joy and love. Ramadan Mubarak.”

      10. “What would a holiday be without hope? Ramadan Mubarak. May all your hopes and wishes come true.”

      Sumber:

      https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/3377-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-114-hukum-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-menyambut-kedatangan-ramadhan

      Baca juga: Ramadhan Kareem: Maksud & Contoh Ucapan BM & BI

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut