Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin meningkatkan perniagaan mereka, RakyatPreneur 2.0 kini dibuka untuk permohonan.
Mungkin ada yang belum tahu, sebelum ini projek rintis Rakyatpreneur telah dijalankan, di mana ia adalah program yang bertujuan menyokong pembangunan perniagaan mikro B40 dan asnaf yang berpotensi tinggi untuk memperkembangkan perniagaan mereka.
Ini juga selari dengan usaha MEDAC dalam membantu usahawan B40.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Program RakyatPreneur 2.0 oleh Bank Rakyat.
Apakah Rakyatpreneur 2.0?
Program RAKYATpreneur 2.0 merupakan inisiatif kewangan sosial Bank Rakyat bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Antara kelebihan program ini adalah
- Dapat meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan dana
- Mendapat pengetahuan tentang perniagaan dari pelbagai aspek
- Berpeluang untuk memohon produk pembiayaan di Bank Rakyat
- Menyediakan peluang pekerjaan dalam pasaran
Konsep
- 200 peserta RAKYATpreneur.
- Peserta RAKYATpreneur akan menerima suntikan dana berdasarkan perniagaan mereka.
- Peserta RAKYATpreneur akan menjalani sesi bimbingan dan latihan keusahawanan serta pemantauan berterusan.
Syarat Kelayakan Rakyatpreneur 2.0
Program ini terbuka kepada kepada semua usahawan asnaf warganegara Malaysia.
Kriteria pemohon adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Usahawan berstatus asnaf*
- Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi minimum 6 bulan dengan pendapatan perniagaan purata bulanan antara RM1,000 hingga RM8,000.
- Jenis perniagaan/produk dan perkhidmatan patuh syariah.
- Tidak mempunyai mana-mana pembiayaan daripada institusi kewangan.
- Tiada rekod jenayah.
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi menyertai program ini adalah mulai 01 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021.
Keputusan permohonan program RAKYATpreneur 2.0 akan dimaklumkan mulai 15 Julai 2021.
Cara Permohonan RakyatPreneur 2.0
- Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan program RAKYATpreneur 2.0 di semua cawangan Bank Rakyat mulai tarikh di atas.
- Pemohon hendaklah mengembalikan borang yang telah dilengkapkan ke cawangan berdekatan berserta dokumen sokongan berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan bil utiliti (air/elektrik) 3 bulan
- Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.
- Gambar produk / premis perniagaan
Baca juga: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK (Bayaran Hanya RM280 Sebulan)
Contoh Kategori Perniagaan
- Makanan dan minuman
- Pertanian
- Kedai runcit
- Jahitan
- Kraftangan
- Kedai gunting rambut
- Percetakan
- Bengkel kenderaan
- Lain-lain
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454; atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat; atau layari laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my.