Cara Buat QR Code Duitnow (QR Pay) Untuk Terima Bayaran

qr code duitnow
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kini pemilik bisnes, gerai dan kedai makan boleh menerima bayaran daripada pelanggan mereka dengan memanfaatkan aplikasi QR Pay, dan salah satu yang paling mudah dan digunakan secara meluas adalah QR Code Duitnow.

Pandemik COVID-19 menyaksikan orang ramai mula menggunakan teknik bayaran tanpa tunai bagi mengurangkan sentuhan antara penjual dan pembeli, seterusnya mengurangkan risiko penularan virus koronavirus.

Dengan memanfaatkan QR Pay juga, kita sebenarnya dapat mengurangkan risiko kecurian kerana tidak lagi perlu membawa wang tunai yang banyak ke mana-mana sahaja.

Sekiranya anda seorang peniaga tidak kira hanya gerai di tepi jalan sekalipun, amat disarankan untuk memaparkan QR Code bagi memudahkan pelanggan membayar menggunakan QR Pay.

Malah, aplikasi MySejahtera juga menggunakan fungsi QR Code ini untuk menjejak lokasi pengguna “Check-In” di sesuatu tempat.

QR Pay sangat memudahkan kerana anda tidak perlu khuatir sekiranya anda tidak mempunyai duit baki untuk dipulangkan kembali kepada pelanggan.

Apa Itu Pembayaran Menggunakan QR Code?

qr pay

Pembayaran menggunakan kod QR ialah kaedah pembayaran tanpa sentuh dimana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR daripada aplikasi mudah alih.

Untuk membuat pembayaran menggunakan kod QR, pengguna mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga dengan telefon pintar mereka untuk membayar barangan mereka.

Mereka kemudiannya memasukkan jumlah yang perlu mereka mahu bayar dan sahkan jumlah yang dibayar.

Cara pembayaran sebegini sememangnya lebih selamat berbanding cara pembayaran tradisional.

Kelebihan

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan QR Pay / QR Code Duitnow bagi menerima bayaran di kedai anda:

  1. Rekod transaksi jual beli – Sangat berguna bagi mengelakkan ketirisan transaksi jual beli syarikat anda
  2. Jimatkan masa – Bayaran boleh dilakukan dalam masa kurang 1 minit
  3. Mengelakkan sentuhan rapat – Dapat kurangkan risiko penyakit berjangkit
  4. Kurangkan risiko kecurian – Bagi peniaga sendiri, anda dapat mengurangkan risiko kecurian kerana tidak perlu memegang wang tunai dalam jumlah yang besar

Cara Buat QR Code Duitnow Terima Bayaran @ Untuk Perniagaan Anda

Adakah anda seorang peniaga dan mencari cara memaparkan kod QR di kedai anda?

Terdapat banyak bank yang sudah menerima bayaran menggunakan kod QR, antara yang popular adalah Maybank.

CARA BUAT QR CODE DUITNOW MAYBANK

Untuk contoh ini, mari lihat bagaimana menerima bayaran daripada pelanggan ke akaun Maybank anda.

  1. Buka dan Login ke akaun MAE / M2U
  2. Klik pada logo QR Code
  3. Klik pada tab “Receive”
  4. Kod QR untuk menerima bayaran anda sudahpun tersedia.
  5. Klik pada butang “Share”
  6. Kemudian pilih bagaimana anda ingin kongsikan kod tersebut
  7. Untuk paparkan kod tersebut di kedai, anda boleh print kod tersebut dan letakkan di tempat yang bersesuaian di kedai anda.
  8. Untuk memastikan kod tersebut tahan laman dan tidak mudah pudar, anda boleh laminate kertas yang dicetak kod QR tersebut.

Untuk memudahkan anda, sila rujuk video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=UzL5wP1yvtU

CARA BUAT QR CODE DUITNOW CIMB

  1. Buka dan Login ke akaun CIMBClicks
  2. Klik pada logo QR Code
  3. Klik pada tab “Receive”
  4. Kod QR untuk menerima bayaran anda sudahpun tersedia.
  5. Anda boleh cetak atau tunjukkan QR tersebut pada pelanggan untuk scan kod tersebut.
QR code duitnow
QR code duitnow
QR code duitnow

NOTA: Bank-bank lain seperti BSN, Public Bank, Affin Bank dan sebagainya juga biasanya mempunyai command yang sama untuk mendapatkan QRcode, anda cuma perlu login dan cari butang Duitnow QR!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut