Punca Sedu: Simptom & Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya

punca sedu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Punca Sedu: Simptom & Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya

Sedu adalah antara gejala semula jadi apabila badan anda bertindak balas untuk mengeluarkan gas yang terkumpul dalam perut.

Jika sedu tidak berlaku gas yang terkumpul akan memberikan kesan tidak selesa kepada perut anda.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan punca sedu dan cara mudah untuk menghilangkannya menggunakan bahan semula jadi.

Baca juga:

Apa itu sedu?

punca sedu

Sedu atau hiccup adalah tindakan pengecutan otot diafragma yang tidak terkawal.

Otot diafragma merupakan otot yang terletak dibawah paru-paru berfungsi untuk pernafasan seseorang manusia.

Jika otot ini kerap mengecut secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan seseorang itu juga kerap tersedu.

Setiap kali pengecutan otot berlaku, ia juga akan menyebabkan tertutupnya peti suara di bahagian leher menyebabkan terhasilnya bunyi “Hik’”yang selalu kita dengar ketika seseorang itu tersedu.

Punca sedu menurut sains

punca sedu

1. Pengambilan minuman berkarbonat

Sedutan gas dalam minuman berkarbonat, seperti minuman berkafein, cola, dan minuman berkarbonat lainnya, dapat menyebabkan perut terasa kembung atau menimbulkan rasa tidak selesa bagi beberapa orang.

Ini boleh terjadi kerana:

  • Gas: Karbon dioksida yang terlarut dalam minuman berkarbonat melepaskan gas saat diminum. Gas ini dapat menyebabkan perut terasa kembung atau mengakibatkan ketidakselesaan pada orang yang sensitif.
  • Kafein atau bahan lain: Terdapat minuman berkarbonat yang mengandungi kafein atau bahan lain yang boleh mempengaruhi pencernaan seseorang. Kafein, sebagai contoh, boleh merangsang perut dan menyebabkan seseorang merasa tidak selesa.
  • Kandungan gula atau pemanis buatan: Beberapa minuman berkarbonat mengandungi jumlah gula yang tinggi atau pemanis buatan yang boleh mempengaruhi pencernaan seseorang. Ini dapat menyebabkan reaksi tidak selesa dalam perut.

Sedutan gas dalam minuman berkarbonat adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi perut dan pencernaan seseorang.

Reaksi ini mungkin berbeza bagi setiap individu, dengan beberapa orang lebih sensitif daripada yang lain.

2. Pengambilan minuman beralkohol

Pengambilan minuman beralkohol boleh menyebabkan sensasi sedu atau kembung bagi beberapa orang disebabkan oleh sebab tertentu:

  • Sakit pada perut: Alkohol boleh menyebabkan sakit pada saluran pencernaan, khususnya perut.
  • Pencernaan: Alkohol boleh mengganggu proses pencernaan dengan mengganggu pergerakan normal dalam usus, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut atau kembung.
  • Gangguan Sistem Pencernaan: Terlalu banyak alkohol boleh menyebabkan gangguan dalam sistem pencernaan, termasuklah perubahan dalam bakteria usus yang mempengaruhi proses pencernaan.

Faktor seperti jumlah alkohol yang diminum, kepekaan individu terhadap alkohol, serta keadaan kesihatan serta diet seseorang, semuanya boleh memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana seseorang mengalami ketidakselesaan perut akibat pengambilan alkohol.

3. Makan makanan pedas

Makan makanan pedas boleh menyebabkan sensasi terbakar atau sedu di mulut, tekak, dan perut bagi sesetengah orang.

Hal ini disebabkan oleh kandungan capsaicin, bahan kimia yang terdapat dalam lada atau makanan pedas yang serupa.

Capsaicin merangsang reseptor rasa sakit pada tubuh manusia, yang menyebabkan sensasi terbakar atau panas.

Apabila seseorang makan makanan pedas, capsaicin bertindak merangsang reseptor rasa sakit di mulut, lidah, dan bahagian lain sistem pencernaan.

Sensasi terbakar ini mungkin dirasai di mulut atau tekak secara langsung. Selain itu, makanan pedas juga boleh merangsang pengeluaran asid dalam perut, yang boleh menyebabkan sensasi tidak selesa atau perut kembung bagi sesetengah individu.

4. Makan terlalu cepat

Makan terlalu cepat, atau yang sering disebut sebagai “makan dengan rakus,” boleh menjadi punca beberapa masalah pencernaan, termasuk sensasi sedu atau ketidakselesaan perut.

Beberapa faktor yang mungkin menyebabkan sensasi sedu akibat makan terlalu cepat termasuk:

  • Pengambilan udara berlebihan: Ketika seseorang makan dengan terlalu cepat, anda mungkin menelan banyak udara bersama-sama dengan makanan. Ini boleh menyebabkan perut terasa kembung atau sedu.
  • Pencernaan yang tidak efisien: Proses pencernaan bermula di mulut dengan menghancurkan makanan oleh air liur dan enzim. Makan terlalu cepat mengurangkan jumlah waktu yang diperlukan untuk pencernaan awal ini, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
  • Saiz potion makan yang besar: Ketika seseorang makan dengan cepat, dia cenderung untuk mengambil potion makanan yang lebih banyak dalam satu masa. Ini boleh memberi tekanan pada perut dan sistem pencernaan secara keseluruhan.
  • Refluks asid atau GERD: Bagi individu yang mempunyai masalah refluks asid atau gastroesophageal reflux disease (GERD), makan terlalu cepat boleh menyebabkan lebih banyak asid perut naik ke dalam kerongkong Ini yang boleh menyebabkan sensasi terbakar atau sedu di bahagian atas perut.

5. Berasa bimbang atau teruja

Adalah lumrah bagi beberapa individu untuk mengalami sensasi sedu apabila mereka berasa bimbang atau teruja.

Ini boleh berlaku kerana respons fizikal terhadap emosi tertentu.

Sedu | ML Studios

Punca sedu menurut masalah kesihatan

Apabila anda kerap berlaku sedu melebihi 48 jam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor kesihatan. Antara masalah kesihatan yang berisiko untuk anda adalah seperti berikut:

1. Kecederaan pada saraf

punca sedu

Salah satu punca yang menyebabkan tersedu yang kerap adalah kecederaan ataupun iritasi pada saraf vagus ataupun saraf phrenic yang bersambungan dengan otot diafragma.

Faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini adalah terdapat bulu/rambut yang menyentuh bahagian gegendang dalam telinga, ketumbuhan pada bahagian leher, masalah asid refluks dan sakit tekak.

2. Masalah sistem saraf pusat

Ketumbuhan ataupun jangkitan pada sistem saraf pusat boleh mengganggu refleks tersedu dan menyebabkan seseorang itu lebih kerap tersedu.

Contoh gangguan pada sistem saraf pusat adalah Encephalitis, Meningitis (jangkitan selaput otak), angin ahmar, trauma pada otak dan kanser otak.

3. Penyakit metabolik dan ubat

Kerap tersedu juga boleh disebabkan penyakit metabolik dan ubat-ubatan. Sebagai contoh ialah kencing manis, kegagalan buah pinggang, pengambilan alkohol, ubat bius, ubat barbiturates dan Steroid.

Pesakit selalunya akan berjumpa dengan doktor jika masalah tersebut berterusan selama beberapa hari.

Pada ketika itu, doktor selalunya akan memeriksa fungsi saraf pusat seperti keseimbangan badan dan kordinasi pergerakan, kekuatan otot, refleks otot, deria rasa dan bau.

Pemeriksaan ini penting untuk mengetahui sama ada sistem saraf pusat berfungsi dengan normal ataupun tidak.

Selain daripada itu, pesakit juga akan menjalani pemeriksaan untuk mengetahui sama ada pesakit mempunyai kencing manis dan jangkitan kuman.

Simptom-simptom sedu

Masalah kerap tersedu boleh berlaku dengan simptom seperti rasa ketat pada dada, abdomen dan tekak.

Cara hilangkan sedu dengan cepat

Terdapat beberapa cara hilangkan sedu yang cepat yang boleh anda lakukan seperti berikut:

1. Urut bahagian leher

Urutan pada leher khususnya arteri karotid yang terletak di bahagian anda memeriksa nadi boleh menghilangkan sedu.

2. Kawal nafas

Bernafas dengan betul boleh membantu merehatkan diafragma dan mengelak ia mengecut secara tiba-tiba. Anda  boleh cuba beberapa teknik bernafas dengan betul dibawah:-

  • Kawal pernafasan anda dengan menarik nafas secara perlahan dengan kiraan 5 atau 10 kemudian, hembuskan perlahan-lahan dengan kiraan 5 atau 10 juga. Atau; 
  • Ambil satu beg kertas kemudian tekupkan ke hidung dan mulut anda. Bernafas secara perlahan-lahan. Jangan gunakan beg plastik tau. Atau; 
  • Lakukan tekanan pada otot diafragma anda. Duduk berlunjur dengan kaki anda ke hadapan dan bengokkan tubuh anda ke hadapan, cuba capai hujung kaki anda. Selain itu, anda juga boleh cuba peluk lutut anda (bawa lutut ke bahagian dada) selama 2 minit. Tindakan ini akan membantu memberi tekanan kepada diafragma anda. 
  • Cuba buat valsalva maneuver. Keluarkan gas dari tubuh anda tanpa membuka hidung atau mulut anda atau meneran tanpa mengeluarkan nafas. 

3. Minum air sejuk atau suam

Minum air sejuk bagus untuk membuatkan saraf menghasilkan stimulasi bagi melegakan sedu. Anda juga boleh berkumur dengan air sejuk selama 10 saat.

Selain itu, minum air suam secara perlahan-lahan tanpa berhenti nafas ketika minum juga dapat menghilangkan sedu.

4. Urutan endoskop

Urutan endoskop di bahagian kardium iaitu pada bahagian esofagus bersambung dengan parut bagus untuk memulihkan masalah sedu.

5. Tekan titik akupresur

Titik akupresur adalah merupakan tekanan yang dilakukan pada titik-titik tertentu/sensitif di badan anda yang mampu memberikan kelegaan.

Melakukan tekanan pada titik ini akan membantu otot diafragma anda untuk lebih rileks. Anda boleh cuba melakukan tekanan pada titik akupresur berikut:-

  • Beri tekanan pada otot diafrgma ada dengan menekan bahagian atas abdomen anda (kawasan ulu hati). Atau;
  • Tekan tapak tangan anda dengan menggunakan ibu jari. Atau; 
  • Tutup hidung anda menggunakan ibu jari dan telan air liur dalam keadaan hidung anda tertutup. 

Bila perlu jumpa doktor

Seseorang perlu berjumpa dengan doktor apabila sedu berlaku lebih daripada 2 hari.

Berkemungkinan besar sedu mungkin disebabkan oleh antara penyakit serius seperti:

  • Strok
  • GERD
  • Sklerosis berbilang
  • Jangkitan COVID-19

Anda juga boleh dapatkan beberapa ubat tertentu seperti Baclofen, Gabapentin, Matochlopramide, dan Chlorpromazine daripada doktor anda untuk mengurangkan masalah tersebut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan punca sedu dan cara untuk menghilangkannya untuk anda jadikan panduan bila berlaku.

Sumber:

  1. Everything You Need To Know About Hiccups: Causes, Treatments, and More. Medical News Today
  2. Cara Hilangkan Sedu Dengan Mudah, Jom Cuba! My Sihat
  3. Punca Sedu Menurut Sains ( Mitos Sedu Serta Punca Sedu Bayi). Bidadari.My
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut