Proton EV: Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik, Proton e.Mas.

Proton EV: Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik, Proton e.MAS

Baru-baru ini, pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, PROTON telah melangkah ke hadapan dalam evolusi pengeluaran kenderaan dengan memperkenalkan jenama kenderaan elektrik (EV) baharu. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Proton X70 2024 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi

Proton EV Terbaru 2024

Proton EV: Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik, Proton e.Mas.

Model terbaru proton EV tersebut dikenali sebagai Proton e.MAS, yang melambangkan Elektrifikasi Malaysia.

Ia menggabungkan simbol “e” untuk EV dengan singkatan “MAS” yang dikenali secara universal sebagai Malaysia. 

Secara tidak langsung, ia menunjukkan komitmen PROTON untuk meng-elektrifikasi mobiliti bagi rakyat Malaysia melalui model EV yang akan datang.

Nama ini dipilih melalui peraduan teka nama bagi jenama EV Proton yang telah berlangsung selama 16 hari bermula 20 Mei-5 June 2024 dengan sebanyak 25,432 penyertaan. 

Pelancaran Jenama & Logo – Proton eMAS

Pada 12 Jun 2024, pelancaran jenama terbaru Proton EV dan juga logonya telah diadakan di Proton Centre of Excellence. 

Logo e.MAS menggabungkan rekaan 2D daripada rekaan kepala harimau ‘terkurung’ semasa PROTON yang melambangkan kemajuan dan kejayaan. 

Pilihan rekaan ini selari dengan trend jenama EV moden yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan mudah daripada imej 3D yang kompleks.

Tarikh Model Pertama Proton eMAS Diperkenalkan

Tarikh model pertama Proton e.MAS diperkenalkan menjelang awal tahun hadapan, 2025.

Semasa majlis pelancaran jenama dan logo Proton eMAS, PROTON turut mengumumkan pelantikan 17 pengedar e.MAS awal dengan rancangan untuk berkembang kepada 30 buah outlet menjelang 2025, menyokong infrastruktur perkhidmatan yang menyeluruh. 

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan sokongan pelanggan holistik yang sepadan dengan rangkaian kenderaan sedia ada mereka.

Syarikat pengeluar PROTON juga merancang untuk mengeluarkan 5 model EV yang pertama.

Ciri-ciri

Proton EV: Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik, Proton e.Mas.

Model pertama yang bakal dikeluarkan akan menggunakan asas dari Geely Galaxy E5 dan platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) yang dibangunkan untuk Sustainable Experience Architecture (SEA) dan khusus untuk kenderaan EV.

Pembangunan model EV Proton bermula dengan penandatanganan Memorandum Perjanjian (MOA) antara Proton dan Syarikat Automobil Smart pada Januari 2022.

Ini diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pengedaran Am (GDA) antara kedua-dua pihak pada 18 Ogos 2022 dan pembentukan PRO-NET pada 9 September tahun yang sama untuk memimpin jualan dan pengedaran kenderaan smart serta tawaran EV masa hadapan daripada Proton.

Dr. Li Chunrong menjangkakan pengumuman lanjut menjelang penampilan pertama Proton e.MAS pada Disember.

Mengulas lanjut, Chunrong menyatakan bahawa jenama e.MAS dan produknya merupakan perpanjangan daripada tiga nilai teras Proton, iaitu Teknologi Inovatif, Kebolehpercayaan, dan Antarabangsa.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pelancaran e.MAS oleh PROTON melambangkan langkah penting ke arah mengintegrasikan EV ke dalam rangkaian produk mereka, disokong oleh perkongsian strategik dan pelaburan infrastruktur untuk memastikan kesiapan pasaran yang kukuh.

Sumber:

  1. PROTON UNVEILS e.MAS AS ITS NEW ELECTRIC VEHICLE BRAND – Proton
  2. Facebook Proton e.MAS Cars
Bantu kami share artikel ini: