Program Transformasi Belia Ternak
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) telah membuka permohonan bagi program Bantuan Transformasi Belia Ternak untuk tahun 2023.
Pemohon yang berkelayakan dialu-alukan untuk buat permohonan.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.
Baca Juga : Geran Usahawan Bangsa Johor Untuk Usahawan Mikro
Tarikh Tutup Permohonan Program Transformasi Belia Ternak
Permohonan perlulah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 2 Februari 2023 (Khamis).
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Individu berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Boleh membaca, mengira dan menulis.
- Mempunyai pendaftaran ID premis.
- Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.
- Keutamaan diberikan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah diusahakan oleh keluarga (ibu/bapa)
- Permohonan daripada lepasan pelajar IPTA /IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian akademik.
- Permohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan untuk memohon.
- Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.
- Projek sedia ada melbihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk diperluas kapasiti.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Bil Air atau Elektrik terkini
- Salinan penyata gaji (jika ada), Pengesahan Pendapatan Penghulu atau Ketua Kampung
- Salinan Sijil Pendaftaran SSM (jika ada)
- Salinan kebenaran bagi status penggunaan tanah atau premis
- Salinan sijil menghadiri kursus ternakan / penghasilan produk
- Borang permohonan jenis bantuan yang diperlukan
- Gambar projek ternakan / perusahaan perniagaan
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut :
BORANG PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK
Borang yang telah lengkap diisi serta dokumen sokongan perlulah dihantarkan ke mana-mana Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat untuk diproses.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Program Transformasi Belia Ternak, sila hubungi Pejabat Veterinar Daerah berdekatan :
Pejabat Veterinar Daerah | Nombor Telefon |
Johor Bahru | 07-2443842 |
Kota Tinggi | 07-8831514 |
Pontian | 07-6871452 |
Kluang | 07-7721080 |
Mersing | 07-7991482 |
Batu Pahat | 07-4342287 |
Muar | 06-9521058 |
Segamat | 07-9312131 |
Kulai | 07-6631388 |
Tangkak | 06-9781330 |