Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diteruskan untuk tahun 2025 kepada mereka yang layak.
Ibu bapa atau penjaga ahli program ini kelahiran 2008 dan 2009 diminta untuk mengemaskini data terkini bagi melancarkan urusan pembayaran tabungan anak mereka yang akan mula dibayar pada tahun 2026 dan 2027.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tabung ini.
Apakah TAWAS?
Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1.
Program ini bersama logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.
Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.
Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1,500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.
Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Khairat Kematian Ahli Tawas
Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.
Syarat tuntutan khairat kematian ini adalah ahli TAWAS tersebut meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun.
Namun, ibu bapa mestilah menyertakan maklumat berikut untuk tuntutan:
- Borang Tuntutan Khairat Kematian
- Sijil kematian
- Kad SiManja
- Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun)
Ibubapa/penjaga perlu menghantar dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS atau emel ke [email protected].
Kemaskini Maklumat
Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS kelahiran 2008 dan 2009 perlu mengemaskini maklumat-maklumat berikut:
- Nombor telefon ibu/bapa/penjaga.
- Alamat tempat tinggal terkini.
- Email Ibu/bapa/penjaga terkini.
Kemaskini boleh dilakukan dilaman sesawang https://tawas.yawas.my/login.php atau Aplikasi YAWAS bermula 21 Januari 2025 sehingga 18 Julai 2025.
Pendaftaran Ahli
Borang pendaftaran online sebagai ahli boleh didapati di pautan berikut: https://tawas.yawas.my/.
Pendaftaran hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut :
- Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
- Salinan MyKad Ibu dan Bapa
- Salinan MyKad Penjaga (jika perlu)
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai TAWAS, sila layari laman web https://tawas.yawas.com.my/.
Baca juga: Rumah Selangorku: Cara Mohon, Semakan Status & Projek Terkini (2025)