Mulai sesi 2025/2026, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang menyambung pengajian mereka ke Kolej Matrikulasi KPM.
Ini bermakna, murid yang mengambil program ini di sekolah menengah bakal diberi laluan khas untuk memasuki kolej matrikulasi tersebut.
Program ini telah diumumkan pelaksanaannya oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Mengenai TMUA
Program ini merupakan model pendidikan yang digabungkan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul al-Bab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
Pelaksanaannya adalah berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Pada ketika itu, KPM berhasrat untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilam Islam yang kukuh.
Kemudiannya, pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan pelaksanaan model pendidikan ini diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.
Bermula 2014, sehingga kini terdapat 15 buah sekolah yang melaksanakan kurikulum tersebut dan telah berjaya melahirkan seramai 7,075 murid hafiz Al-Quran.
Kini program TMUA telah diperluaskan ke 15 buah sekolah dan melahirkan generasi hafiz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran tetapi juga dalam akademik termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Matlamat Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi TMUA
Antara matlamat utama program ini diperkenalkan adalah bagi melonjakkan dan menjadikan TMUA sebagai pilihan ibu bapa selain melahirkan generasi al-Quran MADANI yang dapat memberi sumbangan kepada kepimpinan dan keilmuan.
Selain itu, program ini juga diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar berkenaan kekal konsisten dalam hafazan al-Quran mereka selepas menamatkan persekolahan di TMUA.
Pelaksanaan Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi TMUA
Program ini akan diperkenalkan bagi pengambilan sesi akademik 2025/2026 sebagai projek rintis melibatkan seramai 100 pelajar lepasan TMUA.
Menerusi program ini, lepasan TMUA itu boleh memilih sama ada untuk melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi dalam jurusan Perakaunan atau Sains.
Berbeza dengan penuntut matrikulasi biasa, pelajar lepasan TMUA itu akan mengambil satu lagi mata pelajaran di peringkat matrikulasi iaitu hafazan al-Quran.
Kolej Matrikulasi Terlibat
Untuk projek rintis ini, pelajar yang terpilih menyertai program ini akan ditempatkan di 2 kolej matrikulasi iaitu di Kelantan dan Negeri Sembilan.
Permohonan Program
Pihak KPM akan membuat pengumuman bagi pelajar lepasan TMUA yang berminat untuk menyertai program ini.
Soalan Lazim
Program ini akan mula dilaksanakan bagi sesi kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM 2025/2026.
Seramai 100 orang pelajar akan menyertai program ini pada sesi sesi 2025/2026.
Terdapat 2 kolej matrikulasi iaitu di Kelantan dan Negeri Sembilan akan terlibat dalam program ini.
Pelajar bagi program ini akan mengambil satu lagi mata pelajaran di peringkat matrikulasi iaitu hafazan al-Quran.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi TMUA, sila layari laman web https://www.moe.gov.my.