PRN Terengganu: Keputusan Terkini PRU DUN 2023

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Senarai Keputusan Terkini & Calon Kerusi Tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu 2023

Setelah pengumuman berkenaan tarikh Pilihan Raya Negeri 2023 dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari mengundi bagi PRN Terengganu secara rasminya akan berlangsung pada 12 Ogos 2023.

Terengganu dianggap satu negeri yang menarik untuk dilihat pada PRN kali ini memandangkan negeri ini pernah dikuasai oleh Barisan Nasional dan PAS dan dilihat sebagai negeri yang lebih terbuka untuk dikuasai oleh mna-mana parti dalam PRN kali ini.

Tarikh Penting PRN Terengganu

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting sempena PRN Terengganu:

  • Hari Penamaan calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu)

Artikel berkaitan: MySPR Semak – Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)

Semakan Tempat Mengundi

Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak pusat mengundi anda bagi PRN Terengganu:

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Tekan butang ‘Semak’.
  5. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Semakan Maklumat Pilihan Raya Negeri 2023 juga boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

prn terengganu calon

Senarai Calon Bertanding

Terdapat 32 kerusi Dewan Negeri Terengganu yang dipertanding dalam PRN Terengganu 2023 kali ini.

Barisan Nasional

  • N.01 Kuala Besut – Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
  • N.02 Kota Putera – Mohammad Pehimi Yusof
  • N.03 Jertih – Mohd Rozaini Rasli
  • N.04 Hulu Besut – Nawi Mohamad
  • N.05 Jabi – Rosdi Zakria
  • N.06 Permaisuri – Hamdan Hamzah
  • N.07 Langkap – Sabri Mohd Noor
  • N.08 Batu Rakit – Bazlan Abdul Rahman
  • N.09 Tepuh – Muhammad Hanafi Hasan
  • N.10 Buluh Gading – Omar Adam
  • N.11 Seberang Takir – Ahmad Razif Abdul Rahman
  • N.12 Bukit Tunggal – Wan Noorislam Wan Hashim
  • N.14 Bandar – Armi Irzan Mohd
  • N.15 Ladang – Sabri Alwi
  • N.17 Alur Limbat – Yuseri Isa
  • N.18 Bukit Payung – Mohd Khan Abd Rahman
  • N.20 Pengkalan Berangan – Nik Dir Nik Wan Ku
  • N.21 Telemung – Rozi Mamat
  • N.23 Kuala Berang – Jalaludin Ismail
  • N.24 Ajil – Jailani Johari
  • N.25 Bukit Besi – Dr Din Adam
  • N.26 Rantau Abang – Mohd Asri Mohamad
  • N.28 Paka – Ahmad Abdullah Abd Wahab
  • N.29 Kemasik – Khairi Afiq Mohd Yusof
  • N.30 Kijal – Ahmad Said
  • N.31 Cukai – Rahim Hussin
  • N.32 Air Putih – Dr Mohd Zaki Salleh

Pakatan Harapan

  • N13 Wakaf Mempelam: Wan Mohd Haikal Wan Ghazali
  • N22 Manir: Mohd. bin Jusoh
  • N27 Sura: Osman bin Umar
calon prn terengganu

Perikatan Nasional

  • N01 Kuala Besut – Azbi Salleh (PAS)
  • N02 Kota Putera – Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PAS)
  • N03 Jertih – Dr. Riduan Mohamad Nor (PAS)
  • N04 Hulu Besut – Mohd Husaimi Hussin (Bersatu)
  • N05 Jabi – Dr. Azman Ibrahim (PAS)
  • N06 Permaisuri – Mohd Yusop Majid (Bersatu)
  • N07 Langkap – Azmin Maarof (PAS)
  • N08 Batu Rakit – Mohd Shafizi Ismail (PAS)
  • N09 Tepuh – Hishamuddin Abdul Karim (PAS)
  • N10 Buluh Gading – Ridzuan Hashim (PAS)
  • N11 Seberang Takir – Khazan Che Mat (Bersatu)
  • N12 Bukit Tunggal – Zaharudin Zahid (PAS)
  • N13 Wakaf Mempelam – Wan Sukairi Wan Abdullah (PAS)
  • N14 Bandar – Ahmad Shah Muhamed (PAS)
  • N15 Ladang – Zuraida Md. Noor (PAS)
  • N16 Batu Buruk – Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS)
  • N17 Alur Limbat – Ariffin Deraman (PAS)
  • N18 Bukit Payung – Mohd Nor Hamzah (PAS)
  • N19 Ru Redang – Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS)
  • N20 Pengkalan Berangan – Sulaiman Sulong (PAS)
  • N21 Telemung – Mohd Zawawi Ismail (Bersatu)
  • N22 Manir – Hilmi Harun (PAS)
  • N23 Kuala Berang – Dr Mamad Puteh (PAS)
  • N24 Ajil – Maliaman Kassim (PAS)
  • N25 Bukit Besi – Ghazali Sulaiman (PAS)
  • N26 Rantau Abang – Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli (PAS)
  • N27 Sura – Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi (PAS)
  • N28 Paka – Datuk Satiful Bahari Mamat (PAS)
  • N29 Kemasik – Ir Saiful Azmi Suhaili (PAS)
  • N30 Kijal – Datuk Rozali Idris (Bersatu)
  • N31 Chukai – Hanafiah Mat (PAS)
  • N32 Air Putih – Mohd Hafiz Adam (PAS)

Senarai Kerusi Tumpuan PRN Terengganu

Kerusi Tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu

TERKINI : Keputusan PRN Terengganu

PRN 2023 [RASMI] PN tubuh kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi DUN

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Buletin TV3

keputusan prn terengganu
Siaran langsung juga boleh diikuti di Facebook PAS Terengganu.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut