Derma Darah: Koleksi Poster Kempen Derma Darah

poster kempen derma darah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk menarik orang ramai menderma darah, salah satu cara yang dilakukan adalah dengan mengeluarkan poster kempen derma darah.

Untuk makluman, sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk menjadikan sekurang-kurangnya 5% rakyat Malaysia sebagai penderma darah.

Walaupun sasaran ini masih belum tercapai, namun jumlah pendermaan darah kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan daripada setahun ke setahun.

Oleh kerana itulah kempen-kempen mengenai kesedaran pendermaan darah perlu dirancakkan agar lebih ramai individu tampil untuk menderma darah.

Mengenai Derma Darah

Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya diambil dan digunakan untuk pemindahan dan/atau dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen seluruh darah).

Derma darah juga mempunyai kuasa untuk menyelamatkan sehingga tiga nyawa sekaligus kerana darah diperlukan untuk pesakit apabila mereka menjalani pembedahan dan rawatan yang menyelamatkan nyawa, terutamanya untuk pesakit trauma atau mereka yang hidup dengan keadaan kronik seperti kanser.

Jenis Derma Darah

Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu:

  • Pendermaan darah penuh (whole blood donation)- Pendermaan darah yang biasa dilakukan yang mana darah yang didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (Packed Cell).
  • Pendermaan secara aferesis (apheresis donation) – Pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi Plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma Platelet. 

Kebaikan Derma Darah

Antara kebaikan amalan ini adalah seperti berikut:

  • Mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi anda
  • Manfaatkan kesihatan fizikal
  • Membantu mengurangkan emosi negatif
  • Memberi rasa tujuan dan menggalakkan interaksi sosial

Kriteria Penderma Darah

Untuk melakukannya, penderma perlu memenusi kriteria berikut:

i- Penderma Darah Penuh (Whole Blood)

  • Berumur di antara 17 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  • Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  • Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)
Sumber: Hello Doktor

ii- Penderma aferesis

  • Hampir sama dengan kriteria penderma darah penuh
  • Mempunyai salur darah yang sesuai (besar dan jelas)
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun
  • Berat badan 55 kg dan ke atas.
  • Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.

Koleksi Poster Derma Darah

Antara koleksi poster bagi derma darah adalah seperti berikut:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai derma darah, sila layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my.

Baca juga: Kelebihan Derma Darah, Panduan dan Manfaat Khas Untuk Penderma

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut