11 Portable WiFi Terbaik & Paling Laju (5G)

portable wifi terbaik
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah portable WiFi terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 11 portable WiFi terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan.

Baca juga:

portable wifi terbaik

Portable WiFi terbaik model ini menawarkan kelebihan dari segi paparan LED yang memudahkan pengguna memantau status sambungan WiFi, dan syarat rangkaian.

Dengan sokongan rangkaian 4G LTE, ia memastikan kelajuan internet yang stabil sehingga 150Mbps, sesuai untuk kegunaan harian yang memerlukan kelajuan tinggi.

Tambahan pula, ia mampu menyokong sehingga 11 peranti serentak, menjadikannya pilihan yang baik untuk kegunaan yang memerlukan sambungan pada pelbagai peranti.

GTEN MF680 WiFi-6 SDX55 

portable wifi terbaik

GTEN MF680 merupakan salah satu model portable WiFi terbaik yang menyokong teknologi WiFi 6 yang menawarkan kelajuan lebih pantas, kecekapan yang lebih baik, dan rangkaian lebih stabil.

Cip Qualcomm SDX55 yang terpasang membolehkan penggunaan data yang lebih lancar dengan kelajuan sehingga 3.6Gbps, yang menjadikannya ideal untuk pengguna yang memerlukan prestasi tertinggi, seperti untuk penstriman video 4K atau permainan dalam talian.

Tambahan lagi, baterinya yang tahan lama menjamin sambungan berterusan sepanjang hari.

MEDIKTEK 5G Pocket Mini WiFi Router

portable wifi terbaik

Portable WiFi terbaik dari model ini menawarkan kelebihan dengan menyokong rangkaian 5G, yang mampu mencapai kelajuan internet ultra pantas sehingga 4Gbps.

Dengan reka bentuk yang kecil dan ringan, ia mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Kelebihan utama lain adalah sokongan sambungan sehingga 32 peranti, sesuai untuk kegunaan dalam mesyuarat atau majlis besar.

OLAX MF650 MOD 5G MIFI 

portable wifi terbaik

OLAX MF650 juga menyokong rangkaian 5G, memberikan kelajuan muat tuun yang pantas sehingga 2.7Gbps. Ia direka untuk penggunaan yang mudah dengan antara muka mesra pengguna.

Kelebihan utamanya adalah penyelenggaraan mudah kerana ia mempunyai sokongan untuk SIM universal. Tambahan pula, baterinya mampu bertahan sehingga 10 jam, sesuai untuk penggunaan sepanjang hari tanpa perlu dicas berulang kali.

portable wifi terbaik

Model ini menyokong teknologi LTE yang membolehkan kelajuan muat turun sehingga 600Mbps, sesuai untuk pengguna yang memerlukan sambungan pantas pada rangkaian 4G.

Antara kelebihannya portable WiFi terbaik ini adalah keupayaan untuk menyokong sehingga 32 peranti serentak, serta bateri tahan lama sehingga 15 jam. Paparan LCD yang tersedia membantu pengguna memantau status sambungan, isyarat, dan bateri dengan mudah.

portable wifi terbaik

D-Link DWR-932 menawarkan sambungan internet mudah alih pada kelajuan 4G LTE yang boleh mencapai sehingga 150 Mbps. Kelebihan utama model portable WiFi terbaik ini adalah saiznya yang kompak dan ringan, menjadikannya mudah dibawa dalam poket.

Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan WPA/WPA2 yang memberikan perlindungan sambungan tanpa wayar daripada serangan siber.

Model ini menyokong sambungan 5G, memberikan kelajuan yang luar biasa sehingga 2.5Gbps untuk penggunaan data berat.

D-Link DWR-U2000 mempunyai kelebihan dalam menyediakan sambungan yang lebih stabil danpantas walaupun dalam kawasan dengan kepadatan pengguna tingi.

Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri tahan lama, yang menjadikannya sesuai untuk kegunaan sepanjang hari.

NETGEAR Nighthawk M5 5G WIFI

NETGEAR Nighthawk M5 adalah salah satu model premium dengan sokongan penuh untuk rangkaian 5G, menawarkan kelajuan data yang mengagumkan sehingga 4Gbps.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi WiFi 6 yang memberikan kelajuan yang lebih pantas dan rangkaian yang lebih stabil walaupun untuk penggunaan yang memerlukan prestasi tinggi.

Dengan paparan layar sentuh dan bateri tahan lama, portable WiFi terbaik ini sesuai untuk kegunaan profesional yang memerlukan sambunhan yang sangat pantas.

Huawei E5785 4G+ 

Model ini menyokong teknologi 4G+ yang memberikan kelajuan lebih tinggi sehingga 300Mbps pada rangkaian LTE Advanced.

Kelebihannya termasuk bateri yang boleh bertahan sehingga 12 jam dalam penggunan berterusan, serta sokongan untuk 16 peranti serentak. Huawei E5785 juga ringan dan kompak, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan.

MODIFIED 5G MiFi H6877

Portable WiFi terbaik ini menawarkan kelebihan sambungan 5G dengan kelajuan sehingga 3Gbps. Ia juga mempunyai ciri tambahan seperti paparan skrin LED untuk menunjukkan status sambungan dan bateri.

Kelebihan utamanya adalah keupayaan untuk menyokong penggunaan pelbagai rangkaian SIM, sesuai untuk mereka yang kerap berpiindah antara rangkaian.

ZTE MU5120 U50 Pro/Max

ZTE MU5120 menawarkan kelebihan dengan sokongan rangkaian 5G yang memastikan kelajuan yang sangat pantas sehingga 3.8bps.

Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri yang tahan lama, serta sokongan untuk sehingga 30 perantai serentak. Model portable WiFi terbaik ini mempunyai reka bentuk moden dan ringan, sesuai untuk pengguna yang kerap bergerak.

FAQ Portable Wifi Terbaik

1. Apa itu portable wifi?

Portable Wifi, juga dikenali sebagai Wifi mudah alih atau Mifi, adalah peranti mudah alih yang berfungsi sebagai hotspot internet tanpa wayar. Ia menggunakan kad SIM dengan data untuk menyambung ke internet dan menyebarkan isyarat wifi ke peranti lain seperti telefon pintar, laptop, atau tablet.

2. Bagaimana cara memilih portable wifi yang terbaik?

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih Portable Wifi terbaik:

Keserasian rangkaian: Pastikan peranti menyokong rangkaian 4G LTE atau 5G (bergantung pada kawasan anda).
Kapasiti bateri: Peranti dengan bateri yang tahan lama adalah penting untuk penggunaan berpanjangan, terutama jika anda sering bergerak.
Kelajuan sambungan: Pilih peranti yang menyokong kelajuan muat turun dan muat naik yang tinggi sesuai dengan keperluan anda.
Jumlah peranti yang boleh disambungkan: Ada Portable Wifi yang mampu menyokong sehingga 10 atau lebih peranti serentak.
Saiz dan kemudahan dibawa: Saiz yang kompak dan ringan akan memudahkan anda membawa peranti ini ke mana sahaja.
Sokongan roaming antarabangsa: Jika anda sering ke luar negara, pastikan peranti tersebut menyokong roaming antarabangsa.

3. Apakah kelajuan internet yang boleh saya harapkan dari portable wifi?

Kelajuan internet bergantung kepada jenis rangkaian yang disokong oleh peranti dan kawasan liputan. Jika anda menggunakan Portable Wifi 4G LTE, kelajuan muat turun boleh mencecah sehingga 150 Mbps, manakala 5G Portable Wifi boleh mencapai kelajuan muat turun sehingga 1 Gbps atau lebih.

4. Bagaimana cara menggunakan Portable Wifi?

Penggunaannya sangat mudah:

1. Masukkan kad SIM dengan pelan data yang aktif ke dalam peranti.
2. Hidupkan peranti.
3. Sambungkan peranti anda (telefon, komputer, tablet) ke isyarat Wifi yang disediakan oleh Portable Wifi tersebut.
4. Masukkan kata laluan yang diberikan untuk mula melayari internet.

5. Berapa lama portable wifi boleh bertahan?

Tempoh hayat bateri berbeza mengikut model. Secara umum, Portable Wifi dengan bateri kapasiti 2000-3000mAh boleh bertahan selama 6-10 jam penggunaan berterusan. Sesetengah model menawarkan bateri berkapasiti lebih besar yang boleh bertahan sehingga 24 jam.

6. Adakah portable wifi boleh digunakan di luar negara?

Ya, kebanyakan Portable Wifi menyokong penggunaan antarabangsa. Namun, anda perlu memastikan bahawa peranti tersebut serasi dengan frekuensi rangkaian di negara yang anda kunjungi dan membeli kad SIM tempatan atau menggunakan pelan data antarabangsa.

7. Bolehkah saya menggunakan Portable Wifi sebagai pengganti internet di rumah?

Ya, Portable Wifi boleh digunakan sebagai pengganti internet rumah, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai sambungan internet tetap yang baik. Namun, ia mungkin tidak stabil atau selaju sambungan fiber, dan bergantung kepada liputan rangkaian serta kuota data anda.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut